web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahkamah Tinggi Benar Ibu Tunggal Cabar Tindakan Bekas Suami Daftar Anak Sebagai Mualaf

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 4:35PM

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, semasa membenarkan permohonan itu berkata permohonan Loh mempunyai merit untuk didengar - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh ibu tunggal, Loh Siew Hong, bagi mencabar tindakan bekas suaminya mendaftarkan tiga anak mereka sebagai mualaf tanpa kebenarannya.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, semasa membenarkan permohonan itu berkata permohonan Loh mempunyai merit untuk didengar.

“Permohonan ini bukan remeh, tetapi kes yang boleh dipertikaikan. Pemohon juga tidak kehabisan masa apabila memfailkan semakan kehakiman.

“Pertama sekali, permohonan itu tidak dibantah oleh Peguam Negara. Berdasarkan alasan tersebut, kebenaran diberikan tanpa perintah kos,” kata hakim itu melalui prosiding dalam talian.

Ketiga-tiga anaknya telah didaftarkan sebagai Muslim oleh bekas suami Loh yang memeluk Islam, M. Nagahswaran tanpa persetujuannya pada 7 Julai 2020.

Bagi saman yang difailkan melalui permohonan semakan kehakiman, kebenaran perlu diperoleh terlebih dahulu daripada mahkamah sebelum saman boleh didengar.

Permohonan itu difailkan pada 25 Mac 2022 dengan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan kerajaan negeri Perlis dinamakan sebagai responden pertama hingga keempat.

Keempat-empat responden itu, pada 17 Mei lepas, membantah permohonan Loh atas alasan wanita tersebut sepatutnya memfailkan permohonan berkenaan dalam tempoh 90 hari selepas anak-anaknya memeluk Islam pada 7 Julai 2020.

Peguam A. Srimurugan mewakili Loh, Mohamed Hanif Khatri Abdulla mewakili MAIPs, manakala Peguam Kanan Persekutuan Ainun Wardah Shahidan mewakili Pendaftar Mualaf Negeri Perlis, Mufti Perlis Mohd Asri dan kerajaan negeri.

Ibu tunggal itu memohon pengisytiharan bahawa ketiga-tiga anaknya beragama Hindu dan bekas suaminya tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk membenarkan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis mendaftarkan anak-anak sebagai mualaf tanpa persetujuannya.

Wanita itu juga memohon pengisytiharan bahawa ketiga-tiga anaknya tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk memeluk Islam tanpa kebenarannya.

Beliau juga memohon perintah certiorari untuk membatalkan deklarasi memeluk Islam, bertarikh 7 Julai 2020, yang dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf Perlis atas nama tiga anaknya, dan juga kad lain mengenai penukaran agama kepada Islam yang telah dikeluarkan oleh pihak lain, dan juga menghalang mana-mana pihak daripada mengeluarkan kad tersebut.

Loh turut memohon perintah mandamus supaya Pendaftar Mualaf Negeri Perlis memadam atau membatalkan nama tiga anaknya atau nama Islam mereka dalam Daftar Mualaf Negeri Perlis dan perintah menghalang Mohd Asri, melalui pegawai, pekerja atau Jabatan Mufti Negeri Perlis daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh membawa makna anak-anaknya mualaf atau beragama Islam.

Selain itu, beliau memohon pengisytiharan bahawa Seksyen 117 (b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006, yang memberi kuasa kepada Pendaftar Mualaf Perlis untuk mendaftarkan anak sebagai mualaf hanya dengan persetujuan ibu atau bapa kanak-kanak itu walaupun kedua-duanya masih hidup, adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Ketiga-tiga anaknya itu, yang ketika itu berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, diserahkan kepada Loh pada 21 Feb lepas selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan habeas corpusnya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan