web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khalid Ibrahim Sanggup Ketepi Politik Sempit Demi Rakyat Lembah Klang - Najib

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 2:03PM

Datuk Seri Najib Tun Razak memuji langkah berani diambil Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menangani isu air di Lembah Klang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuji langkah berani diambil Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menangani isu air di Lembah Klang.

Katanya, semasa menjadi Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) semula air Selangor dengan kerajaan pusat dan meluluskan loji penapisan air Langat 2.

“Allahyarham perlu diberi kredit sepenuhnya apabila Lembah Klang tidak lagi mengalami catuan air bagi tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Jelas Najib lagi, walaupun keputusan tersebut mendapat bantahan rakan dalam blok pembangkang, Abdul Khalid tetap memperjuangkan usaha berkenan.

“Pada Februari 2014, Allahyarham dengan beraninya menandatangani MoU penstrukturan semula air Selangor biarpun dibantah parti sealiran,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, keputusan menandatangani MOU air berkenaan dijadikan alasan PKR untuk menyingkirkan Allahyarham sebagai Menteri Besar Selangor sebelum dipecat dari parti beberapa bulan kemudian.

Namun katanya, MoU serta projek tersebut tetap diteruskan dan dinanti-nantikan kerajaan Selangor selepas Abdul Khalid dipecat.

“Bukti bahawa keputusan Allahyarham mengetepikan politik sempit demi kelangsungan hidup penduduk Lembah Klang adalah sangat tepat.

“Jasa arwah akan terus dikenang oleh saya dan seluruh penduduk Lembah Klang. Langkah berani arwah tidak saya lupa,” katanya.

Najib turut menzahirkan perasaan sedih atas pemergian Abdul Khalid dan memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan Allahyarham.

Abdul Khalid menghembuskan nafas terakhir di Hospital Cardiac Vascular Sentral di sini pada jam 11.08 malam tadi akibat jangkitan pada injap jantung.

Allahyarham berusia 75 tahun dan meninggalkan seorang isteri, empat anak serta dua cucu. - Getaran, 1 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

1MDB: Mohd Irwan Beritahu Mahkamah 'Kedengaran Seperti' Suara Najib Dalam Rakaman Audio

2

Semasa 2 tahun yang lalu

B40 Bertambah Teruk Jika Peruntukan Cukai Najib Dibatal Mahkamah - Hakim

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Rayuan Pengampunan Najib Perlu Ikut Giliran -  Peguam Kanan

4

Politik 3 tahun yang lalu

Pengampunan Najib: Kenyataan Pemimpin AMANAH Hanya Pandangan Individu, Bukan Mewakili Parti

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad