Berita Terkini

1 jam yang lalu: Shaqeem Izwan raih emas dalam Boling Remaja Asia 1 jam yang lalu: Agong, Raja Permaisuri tiba di Turkiye untuk lawatan negara 1 jam yang lalu: Permohonan enam parti sertai BN diperhalusi, Puteri BN ditubuh - Zambry 1 jam yang lalu: Kes muflis yang melibatkan golongan belia di negara ini menunjukkan trend penurunan dalam tempoh tiga tahun sejak 2020 10 jam yang lalu: Bomba siap siaga hadapi musim kemarau - Ketua Pengarah

IKUTI KAMI


Abdul Khalid, Dari Hero ‘Guthrie Dawn Raid’ Ke Menteri Besar Disayangi Rakyat

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 1:44PM

Abdul Khalid memainkan peranan penting dalam misi Malaysia mengambil alih Guthrie Corporation daripada British. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Jasa bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meninggal dunia malam tadi (Ahad) pastinya dikenang rakyat antaranya peranan beliau dalam Serangan Subuh Guthrie (Guthrie Dawn Raid) pada 7 September 1981.

Sebelum bergelar Menteri Besar Selangor pada 13 Mac 2008 hingga 22 September 2014, Abdul Khalid, 76, merupakan antara individu penting terlibat dalam misi Malaysia mengambil alih Guthrie Corporation daripada British menerusi ‘serangan’ terhadap Bursa Saham London.

Abdul Khalid dimasukkan dalam rancangan tersebut yang disusun rapi oleh Perdana Menteri Keempat Tun Dr Mahathir Mohamad serta Gabenor Bank Negara yang juga Pengerusi PNB ketika itu Tun Ismail Ali.

Pengalaman beliau bekerja di sebuah syarikat penasihat kewangan di London membantu usaha pasukan tersebut mengembalikan segala hasil perladangan Guthrie Corporation kepada rakyat Malaysia.

Abdul Khalid memperoleh Ijazah dalam jurusan Ekonomi di Universiti Malaya pada 1971 dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di University of Queensland, Australia pada 1976.

Beliau memulakan kerjaya sebagai guru dan pensyarah, sebelum beralih ke bidang korporat dengan memegang pelbagai jawatan tinggi seperti Pengurus Besar dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB; Pengarah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB); Pengarah Kumpulan Guthrie Bhd dan Pengarah Pelaburan Hartanah Nasional Berhad.

Abdul Khalid mula berkecimpung dalam politik sekitar 1995 menerusi UMNO serta merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian Kuala Selangor, namun tewas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Datuk Miskon Sutero ketika itu.

Pada kemunculan semulanya pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 dengan mewakili PKR, beliau telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, yang turut menyaksikan Pakatan Rakyat (PR) merangkumi PKR, DAP dan PAS membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Abdul Khalid seterusnya diangkat menjadi Menteri Besar Selangor pertama bukan dari Barisan Nasional pada 13 Mac 2008.

Selama enam tahun memimpin Selangor, beliau antara lain memperkenalkan Dasar Hasil Negeri Untuk Rakyat dengan pelbagai program di bawah agenda ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ membabitkan perbelanjaan lebih RM1.6 bilion untuk inisiatif dan skim bersifat kebajikan.

Dasar berjimat cermat dan perbelanjaan berhemah yang dilaksanakan pentadbirannya, turut membolehkan rizab simpanan negeri meningkat kepada RM3.3 bilion setakat September 2014 dan sebahagian simpanan itu telah digunakan untuk projek pembangunan seperti pembinaan Jambatan Ketiga Klang dan perumahan mampu milik.

Di bawah pentadbirannya juga, Selangor meneruskan tradisi sebagai pemangkin ekonomi negara dengan menyumbang 24 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), di samping kekal menjadi antara destinasi pelaburan terunggul.

Kerajaan negeri di bawah Abdul Khalid juga telah mencapai persetujuan dengan Kerajaan Persekutuan dan empat syarikat konsesi untuk menstruktur semula perkhidmatan air dan usaha yang bermula sejak 2008 itu, membolehkan semua aset air dikembalikan kepada rakyat.

Meskipun tidak lagi menjadi menteri besar, ternyata khidmatnya masih diperlukan apabila Allahyarham dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Terengganu pada 2018 sehingga kini.

Pemimpin yang sangat disayangi rakyat Selangor itu meninggal dunia pada 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur, akibat jangkitan kuman pada injap jantung.

Allahyarham yang merupakan anak jati Jeram, Kuala Selangor, meninggalkan isteri Puan Sri Salbiah Tunut, empat orang anak dan dua cucu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 4 hari yang lalu

5 Lokasi ‘Glamping’ Terbaik Untuk ‘Staycation’!

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemilihan Tengku Zafrul Mampu Hapus Stigma ‘Warlord’, Tarik Pengundi Selangor?

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Khalid Ibrahim Sanggup Ketepi Politik Sempit Demi Rakyat Lembah Klang - Najib

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kesihatan Merosot, Bekas MB Selangor Dimasukkan Ke Hospital

Sorotan

1

Komunikasi Seksual: Kes Safiey Ilias Dipindah Ke Mahkamah Ampang

2

Kertas Putih Sepatutnya Jadi Kenyataan Kolektif Pembaharuan Sistem Kesihatan Negara - Khairy

3

'Kalau Orang Lain, Pasti Mereka Akan Saman Kamu' - Ini Jawapan Azhar Sulaiman Buat Nor Azira 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Jangan Terkejut UMNO-DAP Jalin Kerjasama Selepas PRU-15

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Penunggang ‘Diabaikan’ Ketika Acara Berbasikal Terima Bayaran Balik

oleh Julie Jalaluddin

Semasa 20 jam yang lalu

Dakwaan Najib Terhadap Mohd Nazlan Perbuatan 'Terkutuk' - Rafizi

oleh Aiman Sadiq

Semasa 12 jam yang lalu

Kandungan Berunsur Seksual, Pengamal Perubatan Harus Lebih Sensitif

oleh Rubini Nagarajah