Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 4 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rakyat Jangan Risau, Bekalan Ayam Mencukupi!

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 7:04AM

Bekalan ayam di pasaran kini semakin stabil dan penternak juga mampu memenuhi permintaan di pasaran. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekalan ayam di negara ini mencukupi dan permintaan bagi bahan mentah tersebut juga sudah kembali stabil.

Justeru, Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata, pihaknya akan mematuhi sebarang keputusan ditetapkan kerajaan berhubung penjualan ayam pada masa hadapan.

"Kami akan ikut apa sahaja keputusan kerajaan. Bagi (pihak) kami, bekalan sekarang sudah cukup dan permintaan juga (telah) kembali ke tahap yang stabil," katanya kepada Getaran.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Azman Mohd Yusof bahawa mekanisme pelaksanaan harga siling ayam standard RM9.40 sekilogram di Semenanjung berkemungkinan tidak akan diteruskan kerajaan selepas 31 Ogos depan.

Jelas Azman, ini kerana bekalan ayam didapati semakin stabil hari demi hari.

Katanya, harga pasaran ayam bulat ketika ini juga berada di bawah siling, malah terdapat penjual menawarkan harga serendah RM6.99 sekilogram.

Dalam pada itu, ditanya sama ada pihaknya akan bertemu dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam masa terdekat berhubung penetapan mekanisme berkenaan, Jeffrey berkata, mereka masih belum menerima sebarang notis jemputan lagi.

Dr Abu Sofian Yaacob
Dr Abu Sofian Yaacob

Sementara itu, Pakar Ekonomi, Profesor Madya Dr Abu Sofian Yaacob berpendapat, jika kerajaan tidak melaksanakan harga siling, maka harga ayam akan ditentukan golongan peraih.

Beliau berkata, golongan peruncit tidak mempunyai pilihan selain terpaksa menjual bahan mentah itu pada harga tertentu kerana mereka turut mahukan keuntungan.

"Jadi peruncit tiada pilihan, mereka terpaksa (menjual dengan harga tertentu) sebab mereka pun nak untung juga.

“Itu mereka tidak boleh buat apa-apa. Kalau boleh, kita elakkanlah orang tengah yang ramai sangat ketika ini," katanya.

Pada masa sama, Abu Sofian turut mengalu-alukan langkah kerajaan untuk melibatkan koperasi di negara ini dalam usaha membantu rakyat memperoleh bekalan ayam pada harga lebih murah.

"Untuk membantu meredakan harga agar tidak naik dengan terlalu mendadak, koperasi boleh mengambil peranan sebagai penternak ayam sebagaimana diumumkan kerajaan sebelum ini," katanya.

Selain itu, beliau berkata, pengguna juga perlu lebih bijak berbelanja terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini dan harga barangan semakin meningkat.

Ujarnya, tabiat perbelanjaan dan pemakanan rakyat perlu disesuaikan sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa.

"Maknanya bukan tidak boleh makan ayam langsung, misalnya kalau harga ayam mahal, maka tidak perlu makan masa itu. Kita pilih alternatif misalnya makan ikan, sebab ada pelbagai jenis ikan dan ada yang berharga murah.

"Selain itu, kita kurangkan pengambilan ayam, biasanya seminggu tiga hingga empat kali tapi kita kurangkan kepada dua kali seminggu," katanya. - Getaran, 1 Ogos 2022

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 minit yang lalu

RM1.06 Bilion Bangunkan Projek Infrastruktur Sabah Tahun Ini - Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Harus Rebut Peluang Untuk Lakukan Pembaharuan Dalam Penyelidikan Klinikal - PM

Semasa 3 jam yang lalu

Premis Hiburan Terbakar Dilempar Bom Petrol

oleh Wartawan Getaran

Politik 20 jam yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

oleh Diyana Nawwar