web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Oktoberfest: Idris Tak Perlu Campuri Hal Ehwal Bukan Islam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 8:52PM

Tengku Zulpuri Shah Raja Puji - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dinasihatkan supaya tidak campur tangan dalam acara kebudayaan orang bukan Islam.

Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata demikian susulan jawapan Idris di Dewan Rakyat pada Khamis lalu yang menegaskan festival kebudayaan Oktoberfest tidak sepatutnya dibenarkan kerana boleh mencetuskan masalah sosial.

“Saya sebagai Ahli Parlimen beragama Islam akur bahawa orang Islam tidak patut minum minuman beralkohol dan terlibat dalam aktiviti haram dari segi agama.

“Tetapi umat Islam tidak harus campur tangan dalam hal ehwal budaya, kehidupan dan perniagaan masyarakat bukan Islam,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, perbuatan campur tangan bercanggah dengan ajaran agama Islam selain itu, aktiviti perniagaan tidak halal oleh orang bukan Islam adalah kebebasan yang terjamin di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu, Idris dilaporkan sebagai berkata, perbuatan menjadikan minuman arak sebagai pesta dan dibuat secara terbuka kepada masyarakat awam tidak sepatutnya dibenarkan.  

Menurut beliau, penganjuran acara itu boleh mencetuskan masalah sosial dan menjejaskan keharmonian serta keselamatan orang ramai.

Tambah Tengku Zulpuri, kenyataan Idris berkaitan perkara itu sebenarnya menjejaskan imej Islam kerana menggambarkan ia sebagai agama yang tidak ada toleransi dengan cara kehidupan penganut agama lain.

“Kenyataan ini juga menjejaskan usaha pendakwahan dan kesedaran di kalangan bukan Islam kerana ia telah mencetuskan ketakutan di kalangan bukan Islam terhadap agama Islam.

“Idris berturut-turut mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian di antara masyarakat Islam dan bukan Islam sejak beliau memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Agama,” katanya.

Sementara itu, Tengku Zulpuri berkata, Oktoberfest adalah perayaan musim gugur yang berasal dari negara Barat, dan ia turut disambut masyarakat bukan Islam di seluruh dunia termasuk Palestin.  

Di Malaysia, jelasnya, Oktoberfest merupakan aktiviti mempromosikan bir yang diadakan secara dalaman di restoran dan pub yang tidak halal. - Getaran, 31 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Derita Palestin Bawa Hikmah, Syiar Islam Berkembang Megah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Konsep DNAA Diamalkan Dalam Undang-Undang Prosedur Jenayah, Syariah

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Perancis Akan Haramkan Pakaian Abaya Di Sekolah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad