web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


NASOM Perkasa Belia Autisme Menerusi Program CES

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2021 4:22PM

Bermain golf merupakan antara aktiviti yang dianjurkan oleh NASOM. - Gambar dari nasom.org.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia hari ini, Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) melancarkan program Pakar E-dagang Bertauliah (CES) Tahap 1 bagi memperkasakan belia penghidap autisme di Malaysia.

Melalui latihan dan perantis, program itu bertujuan memberi kemahiran pemasaran digital dan e-dagang yang seterusnya membuka peluang kerjaya baharu dalam kalangan komuniti autisme. 

Dalam kenyataan hari ini, NASOM memaklumkan program sulung itu mengalu-alukan penyertaan belia autisme berumur antara 16 hingga 21 tahun untuk mendaftar bagi pengambilan pertama yang bermula pada pertengahan April ini.

Ketua Program NASOM-Vokasional Saffiza Anuar berkata anak muda perlu dipupuk dengan kemahiran relevan yang seterusnya mewujudkan peluang saksama dalam dunia digital bagi golongan autisme melangkah maju sebagai insan berdikari. 

“Kami percaya individu dengan autisme, terutamanya pelajar kursus ini, akan mendapatkan manfaat daripada bimbingan pakar-pakar industri,” katanya. 

Menurutnya, NASOM akan berganding bahu dengan Y Ventures Group Ltd iaitu syarikat e-dagang yang tersenarai di Singapura berlandaskan data dengan keupayaan terasnya dalam membangun dan melaksanakan kurikulum latihan berkaitan e-dagang dan teknologi. 

Pelajar pada Tahap 1 akan menjalani latihan enam minggu membabitkan enam kemahiran asas e-dagang iaitu mencipta laman sesawang WordPress, cara memasarkan perniagaan di internet, alat fotografi digital, menggunakan media sosial dalam perniagaan, cara mencapai kedudukan teratas dalam enjin pencarian dan pengenalan kepada Adobe Photoshop CC.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) memaklumkan laluan ikonik iaitu Pintasan Saloma atau Saloma Link di ibu kota akan memaparkan tema pencahayaan ‘jigsaw puzzle’ pelbagai warna sempena sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia. 

Menurut PKB, penetapan tema itu adalah bagi menyokong dan memupuk kesedaran masyarakat Malaysia dan dunia agar lebih peka terhadap keadaan pesakit autisme. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Cabaran Membesarkan Anak Autistik

2

Rencana 2 tahun yang lalu

Autisme: Masyarakat Semakin Memahami, Namun Penjaga Perlukan Lebih Banyak Sokongan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Sahkan Kematian Kanak-Kanak Autisme Di Taman Tasik Rekreasi Tiada Unsur Jenayah

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Terapi Bantuan Kuda Bantu Perkembangan Kanak-Kanak Autisme 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad