web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ADUN Tronoh Didapati Bersalah Rogol Pembantu Rumah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2022 12:09PM

Paul Yong Choo Kiong dibawa keluar dari selepas dihukum penjara 13 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya pada 2019.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed yang membacakan penghakiman kira-kira pukul 10.10 pagi memutuskan Yong bersalah selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Yong, memakai kemeja putih, berada di kandang tertuduh kelihatan tenang ketika penghakiman itu dibacakan oleh Abdul Wahab.

Mahkamah menangguhkan prosiding seketika bagi membolehkan pihak pembelaan menyediakan hujahan rayuan sebelum menjatuhkan hukuman.

Pada 31 Mac 2022, pasukan pembelaan diketuai peguam Datuk Rajpal Singh bersama Salim Bashir menutup kesnya selepas memanggil tiga saksi iaitu Yong, 52, dan isteri, Too Choon Looi, 46, serta bapa saudara kepada pembantu rumah itu.

Yong didakwa merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun itu di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park antara 8.15 hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah Tinggi sebelum ini, memerintahkan Yong membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Selat Klang Isytihar Sokong MB, Ada Rakan Lain Bakal Ikut Jejak?

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pelancong Sepanyol Diperkosa 7 Lelaki, Suami Turut Dibelasah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bunuh Nenek 85 Tahun, Kelindan Lori Kekal Ke Tali Gantung

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peras Ugut Dan Rogol, 2 Anggota Polis Didakwa Hari Ini

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 38 minit yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar