web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangkitan COVID-19 Hampiri 5,000 Kes, 9 Kematian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2022 10:35AM

Angka jangkitan COVID-19 kembali menghampiri paras 5,000 kes. - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angka jangkitan COVID-19 kembali menghampiri paras 5,000 kes apabila 4,759 kes  direkodkan semalam berbanding 3,300 kes kelmarin.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 4,659,710 kes setakat ini.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 4,756 kes tempatan dan tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak sembilan lagi korban COVID-19 direkodkan semalam dengan tiga kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kematian tertinggi direkodkan di Perak dengan dua kes diikuti masing-masing satu 

kes di Johor, Kuala Lumpur, Pahang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,932 setakat ini dengan 7,631 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 46,260 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.9 peratus atau 44,708 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 23 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,477 orang atau 3.2 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 52 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 28 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 4,806 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,557,518 kes. - Getaran, 27 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar