web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hadkan Tempoh Jawatan Utama Pemimpin Kerajaan, Ahli Politik Veteran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2022 7:00AM

Wajar untuk setiap parti politik di negara ini menolak pemimpin terlalu lama berada dalam kelompok kuasa mereka dan tidak mencapai prestasi memberangsangkan. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tempoh khidmat Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diterajui pemimpin politik ‘veteran’ perlu dihadkan demi mengelakkan salah guna kedudukan, memberi peluang kepada muka baharu serta memastikan negara terus diterajui individu yang mempunyai idea baharu dekat di hati rakyat.

Penganalisis Politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi menyifatkan perkara itu perlu dilakukan kerana terdapat ahli politik di negara ini sudah berkhidmat terlampau lama, sehingga tidak memberi peluang kepada orang lain, malah gagal memberikan idea baharu.

Jelasnya, wajar untuk setiap parti politik di negara ini menolak pemimpin terlalu lama berada dalam kelompok kuasa mereka dan tidak mencapai prestasi memberangsangkan supaya tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Sekarang zaman anak muda menerajui kepimpinan negara, namun kita tak boleh tinggal idea mahupun pengalaman veteran politik, cuma nak ketengahkan ahli politik lama sebagai calon, saya tidak setuju kerana boleh merosakkan parti dan mampu menghancurkan aspirasi anak muda yang mahukan negara lebih maju.

“Kalau nak ketengah calon veteran, kena melihat semua sudut bukan setakat idea dan pengalaman mereka. Sebagai contoh, ahli politik lama itu mampu tak mereka selalu hadir ke persidangan Parlimen, kawal rakyat di mana kena selalu hadir ke program, itu satu daripada faktor kesihatan.

“Golongan veteran ini banyak masalah di Parlimen dengan bergaduhnya, isu berkaitan rakyat tidak selesai lagi. Ikutkan, seharusnya parti politik boleh meletakkan calon muda atau pertengahan supaya rakyat lebih yakin pemimpin tersebut boleh bekerja dengan sebaiknya,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Sekiranya masih berdegil, Hussain menegaskan, ia akan kekal menjadi wabak penyakit tidak ‘berepisod’ dan Malaysia akan ketandusan pemimpin berintegriti serta berkredibiliti untuk memacu pembangunan negara.

Katanya, ketika ini ramai pemimpin muda mempunyai kualiti kepimpinan baik, tetapi sistem parti politik negara menyukarkan mereka ‘tembus’ dan diangkat sebagai calon.

“Ia penyakit tidak berkesudahan kerana masih meletakkan orang yang kita rasa patut berhenti daripada politik dan berilah calon baharu berwibawa serta mempunyai idea baharu. Bukan nak tolak sepenuhnya golongan lama ini, namun mereka mampu jadi penasihat dalam parti mahupun di kawasan.

“Kalau kita masih berfikiran kerana mereka orang lama, maka rosaklah parti, negara dan ahli politik disebabkan orang lain tak boleh ke hadapan. Ini punca demokrasi Malaysia masih jauh ketinggalan dalam konteks kepelbagaian sebab kita ada rasa hormat tidak bertempat. Kalau hormat secara berprinsip, kita boleh maju ke hadapan,” katanya.

Menarik perhatian, Hussain berkata, ada sesetengah kepimpinan parti kurang berminat mengetengahkan calon muda kerana sudah terlalu selesa dengan muka lama yang disifatkan ‘calon pasti menang’.

“Nak angkat veteran lama kena pilih secara teliti kerana ramai golongan ahli politik itu tidak boleh dijadikan contoh, tak mampu beri idea kepada kepimpinan muda dan ahli politik lain. Cuma jadikan mereka ini hanya sebagai rujukan disebabkan keilmuan, cara pencapaian beliau ketika memegang jawatan dahulu.

“Tapi kalau nak sandarkan dalam konteks dia senior politik semata-mata, itu tidak boleh dan ada juga halangan apabila di dalam parti masih ada veteran tidak terbuka. Beliau tiada idea baharu, namun menghalang sayap pemuda serta golongan belia dalam parti ke hadapan.

“Ini satu isu juga, namun semua perkara ini berbalik kepada parti kerana ahli politik dan calon pilihan raya semua dilantik daripada parti. Seharusnya, mereka kena kemas dari pelbagai sudut,” katanya.

Bagaimanapun, Hussain menegaskan sukar untuk Malaysia merealisasikan had tempoh perkhidmatan Ahli Parlimen dan ADUN, mahupun kepimpimpin tertinggi parti yang masih diterajui pemimpin politik ‘veteran’ disebabkan mereka masih yakin mendapat sokongan daripada akar umbi, khususnya orang muda.

“Mana sikap keterbukaan parti itu, kalau masih terjadi, macam mana perundangan di peringkat negara, memang takkan jadi. Justeru, untuk kekalkan ahli politik lama, pastikan mereka mempunyai cukup sifat sebagai pemimpin. Jika tiada, parti kena main peranan, namun perlu ada had umur.

“Kalau kakitangan kerajaan, golongan cerdik pandai seperti profesor pun bersara wajib pada umur 60 tahun, takkan umur 100 tahun nak jadi ahli politik lagi. Cukuplah, bagi saya had itu perlu untuk memberi orang lain pula (peluang). Memang perlu ada satu garis panduan di Parlimen hadkan setakat mana sahaja umur ahli politik boleh jadi pemimpin,” katanya. 

Sementara itu, Pensyarah Kanan Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil senada untuk mengehadkan tempoh buat ahli politik berkuasa, namun hanya dikhaskan untuk jawatan Perdana Menteri dan Presiden bagi mana-mana parti politik.

“Jawatan dalam Parlimen ini sukar untuk dihadkan cuma kalau nak lakukan seperti kalau dah lebih dua penggal, keperluan mereka tukar ke tempat lain seperti dilakukan Lim Kit Siang, di mana walaupun beliau berada dalam politik sejak Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, beliau sering tukar tempat tak seperti dilakukan Barisan Nasional (BN).

“Di mana kalau mereka bertanding kawasan itu dari muda sampai ke umur mereka 70 ada sampai 80 pun masih kekal di situ yang menyukarkan pemimpin, khususnya anak muda untuk lebih berkembang dalam dunia politik disebabkan pengaruh orang lama,” katanya.

Jelasnya, pemimpin yang terlalu lama memegang jawatan dalam parti serta kerajaan sukar untuk dihapuskan, terutama oleh UMNO kerana ia ‘budaya’ diamalkan sejak zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman dan sekiranya cuba dicantas, mereka dibuang serta dipulau parti sendiri.

“Kita bukan tak menuduh parti pembangkang tidak melakukannya, namun jumlah orang lama jauh lebih kecil daripada parti pemerintah. Memang betul bila dah lama itu perlu hormat, namun jika lama pegang jawatan dalam parti atau kerajaan kebarangkalian akan berlaku rasuah, manipulasi kuasa, ketirisan.

“Jadi, sukar dan dilema bagi sebuah parti seperti UMNO yang berkuasa begitu lama kerana takut hilang banyak jawatan mahupun kepentingan kekayaan. Kalau digantikan orang lain, beliau akan pastikan calon itu mampu menjamin keselamatan dan kedudukan dari segi pemilikan harta atau tindakan tidak terduga yang akan berlaku,” katanya. - Getaran, 27 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

2

Semasa 3 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

3

Politik 3 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

4

Politik 6 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Politik 57 minit yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar