web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terima Komen Berbaur Gangguan Seksual, Amira Aisya Lapor Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 7:09PM

Amira Aisya Abd Aziz membuat laporan polis terhadap seorang individu yang mengeluarkan komen berbentuk gangguan seksual terhadapnya di laman sosial Twitter, hari ini - Gambar Twitter Amira Aisya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz membuat laporan polis terhadap seorang individu yang mengeluarkan komen berbentuk gangguan seksual terhadapnya di laman sosial Twitter, hari ini.

Beliau membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sambil ditemani peguamnya, Luqman Long.

Ketika ditemui, Amira berkata, gangguan seksual tersebut dibuat seorang lelaki terhadap sekeping foto dikongsikannya di laman sosial tersebut pada Ahad lalu.

Menurutnya, tindakan mengeluarkan komen berbaur gangguan seksual dan ‘body shaming’ adalah perlakuan biadap yang mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.

“Bagi saya, jika komen itu berbentuk teguran mengenai kerja saya atau dasar diperjuangkan mahu pun kritikan membina, itu adalah komen saya perlu terima dengan terbuka.

“Tetapi apabila komen itu berbentuk seksual harrasment (gangguan seksual) penting untuk kita laporkan (kepada polis) kerana jika dilihat di luar sana ramai wanita terima nasib sama.

“Dengan adanya Bill Sexual Harrasment yang dibentangkan baru-baru ini, saya rasa orang ramai perlu dididik betapa pentingnya untuk kita lihat isu ini sebagai isu berat,” katanya kepada media, hari ini.

Amira yang juga Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), berkata beliau tidak teragak-agak untuk terus membuat laporan polis terhadap komen jelek sedemikian.

“Saya juga ingin menggesa kepada semua orang di luar sana untuk mengambil tindakan sama jika menerima sebarang komen berbentuk gangguan seksual.

“Jika laporan dibuat, kita menghantar mesej kepada orang lain bahawa ia bukan saja untuk melindungi diri sendiri, bahkan melindungi wanita lain,” katanya.

Pada masa sama, Amira menggesa tindakan lebih cepat untuk menggazetkan Akta Anti Gangguan Seksual yang sudah diluluskan di Dewan Rakyat.

“Akta tersebut sudah lama tertangguh sejak di zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH), namun akhirnya diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

“Justeru, saya mahu menggesa kerajaan, terutamanya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun mempercepatkan supaya akta tersebut digazetkan dengan segera,” katanya.

Difahamkan, laporan polis dibuat Amira dirujuk kepada IPD Serdang untuk disiasat, memandangkan ketika terbaca ciapan terbabit beliau berada di sekitar daerah terbabit. - Getaran, 26 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Guna Datuk Seri Palsu

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

Sorotan

1

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

2

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

3

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

4

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

5

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

6

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Cabul Pesakit Bawah Umur, Pakar Perubatan Hospital Swasta Dipenjara 7 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 22 jam yang lalu

Kucing Masih Hidup Ditemui Bawah Runtuhan Gempa Bumi, Jadi Simbol Harapan

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

oleh Sophia Ahmad