web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selepas Hilang 10 Bulan, Muhammad Iman ‘Pulang’, Selamat Dikebumikan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 8:38AM

Gambar ihsan kosmo.com.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR GUDANG - "Alhamdulillah, sudah selesai semuanya. Hati saya lega, lapang. Anak saya sudah pulang kepada Penciptanya."

Begitulah luahan hati seorang ibu, Azmawati Ab Kadir, 55, selepas selesai pengebumian anak sulungnya Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, yang sebelum ini dilaporkan hilang sejak 29 Okt tahun lepas.

Menurutnya, tiada lagi persoalan bermain di minda selepas 10 bulan menunggu khabar berita anaknya.

"Terima kasih ya Allah, 24 tahun Allah pinjamkan dia untuk saya. Syukur Alhamdulillah, dia anak yang terbaik untuk saya," katanya kepada pemberita selepas selesai pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih, awal pagi ini.

Turut menemani Azmawati ialah anak bongsunya Nurul Izz Anisah Dzulkarnain, 21, dan tunang Allahyarham, Nurfaizah Mahadi, 25.

Terdahulu, jenazah Muhammad Iman Aqmar selamat dikebumikan 1 pagi tadi, yang dihadiri lebih 100 ahli keluarga dan rakan-rakan.

Sebelum van yang membawa jenazah tiba di tanah perkuburan kira-kira 12.15 tengah malam, Allahyarham dibawa ke kediaman keluarganya di Taman Air Biru, di sini pada 11.45 malam.

Jenazah Muhammad Iman Aqmar terlebih dahulu dimandikan, dikafankan dan disolatkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, sebelum dibawa pulang ke Johor selepas solat Asar.

Hujan lebat di akhir majlis pengkebumian seolah-olah menangisi pemergian pemuda yang hilang 10 bulan tanpa khabar berita. 

Dua hari lepas, satu rangka manusia ditemukan dalam sebuah kereta ditarik keluar dari Sungai Api-Api, Nenasi, Pekan di Pahang, dipercayai mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang hampir 10 bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin dilaporkan berkata mayat ditemukan dalam kereta pelbagai guna (MPV), yang dijumpai seorang lelaki warga emas semasa mengalihkan besi dari jalan ke tepi sungai berkenaan pada 11.40 pagi.

Ketika ditemui, kenderaan itu turut terdapat kerosakan pada bahagian hadapan, kiri dan kanan selain dijumpai rangka manusia diselaputi lumpur serta pas pekerja atas nama Muhammad Iman Aqmar.

Sebelum ini, kisah kehilangan Allahyarham tular di media sosial sejak dia dilaporkan hilang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Rangka Manusia Separa Reput Ditemukan Terdampar Di Pantai 

2

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Tehran Adakan Pengebumian Besar-Besaran Untuk Presiden Raisi Dan Mangsa Nahas Helikopter

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Kelar Bayi Umur 6 Bulan, WhatsApp Gambar Mayat Kepada Suami

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad