web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemandu BMW Rentung Dalam Kemalangan 4 Kenderaan Di Johor Bahru

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 4:21PM

Seorang lelaki rentung selepas terlibat dalam kemalangan 4 kenderaan di Permas Jaya, awal pagi tadi. - Gambar dari Facebook Danial Gay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki rentung dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan berhampiran Jambatan Permas Jaya, Lebuhraya EDL, Pasir Gudang menghala ke Bakar Batu di sini, pagi tadi.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Faiz Sulaiman berkata kemalangan berlaku kira-kira pukul 6.10 pagi itu membabitkan kereta BMW, Perodua Myvi, Honda City serta sebuah van pekerja kilang jenis Nissan.

Menurutnya mangsa yang rentung ditemukan tersepit di bahagian pemandu kereta BMW, yang terbakar kira-kira 90 peratus. 

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, kebakaran didapati melibatkan sebuah kereta BMW dan van pekerja kilang jenis Nissan yang terbakar 90 peratus serta sebuah kereta Perodua Myvi terbakar 60 peratus, manakala kereta Honda City tidak terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

4 kenderaan terlibat dalam kemalangan di Permas Jaya, awal pagi tadi. - Gambar dari Facebook Danial Gay
4 kenderaan terlibat dalam kemalangan di Permas Jaya, awal pagi tadi. - Gambar dari Facebook Danial Gay

Mohd Faiz berkata pemandu lelaki Perodua Myvi dan Honda City masing-masing berusia 34 dan 52 tahun itu dilaporkan selamat dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 8.10 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan berkata siasatan mengenai insiden itu masih dijalankan. 

Menurut Raub, siasatan polis mendapati pemandu BMW itu dipercayai telah terbabas lalu memasuki laluan bertentangan. 

“Mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya itu dipercayai dari arah pusat bandar menghala ke Permas Jaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan polis mendapati pemandu BMW itu dipercayai telah terbabas lalu memasuki laluan bertentangan. - Gambar dari Facebook Muhd Hasrullah
Siasatan polis mendapati pemandu BMW itu dipercayai telah terbabas lalu memasuki laluan bertentangan. - Gambar dari Facebook Muhd Hasrullah

Beliau berkata setibanya di lokasi kejadian, kereta BMW yang dipandu mangsa dikatakan terbabas ke kanan jalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah van yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 40-an.

"Pada masa sama, Perodua Myvi dan Honda City yang berada di belakang van terbabit tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang van berkenaan hingga mengakibatkan kereta BMW dan van itu terbakar sepenuhnya.

"Kereta Perodua Myvi itu terbakar di bahagian hadapan enjinnya, manakala Honda City hanya mengalami sedikit kerosakan di bahagian hadapan sebelah kanan," katanya menambah pemandu van kini dalam keadaan kritikal di Hospital Sultanah Aminah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 6 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar