web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: Kes Baharu Turun Hampir Separuh, 3 Kematian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 11:26AM

Jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia adalah 4,651,651 kes setakat semalam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,720 kes COVID-19 direkodkan semalam yang menunjukkan penurunan hampir separuh berbanding 4,816 kes dicatatkan kelmarin.

Angka baharu itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 dilaporkan di Malaysia adalah 4,651,651 kes setakat semalam.

Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu membabitkan 2,715 kes penularan tempatan dan lima kes import.

Selangor menjadi negeri tertinggi merekodkan kes jangkitan COVID-19 semalam, iaitu 989 kes, disusuli Perak (253), Kuala Lumpur (240), Pulau Pinang (236), Sabah (226), Negeri Sembilan (215), Melaka (131) dan Johor (111).

Kedah pula mencatatkan 110 kes, Putrajaya (55), Kelantan (49), Sarawak (41), Pahang (38), Terengganu (24), Perlis (6) dan Labuan (5).

Kes kematian membabitkan jangkitan virus itu semalam adalah tiga kes, termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), iaitu masing-masing dua kes di Perak, selain satu di Selangor.

Jumlah itu menjadikan angka kematian akibat pandemik berkenaan meningkat kepada 35,914 kes, termasuk 7,625 kes BID.

Sebanyak 48,252 kes aktif direkodkan setakat semalam dengan 46,632 kes atau 96.6 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah, 24 kes (0 peratus) ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 1,542 kes (3.2 peratus) menerima rawatan di hospital.

Manakala 54 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 32 daripada jumlah itu memerlukan alat bantuan pernafasan.

Data menunjukkan, 4,012 kes sembuh direkodkan semalam, menjadikan sebanyak 4,567,485 kes pulih dicatatkan sejak virus itu direkodkan di Malaysia. – Getaran, 25 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Luar Negara 57 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 52 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad