web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tuntut Segera Pasport Elak Dilupuskan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2022 9:29PM

Hamzah Zainudin - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU KURAU - Rakyat Malaysia yang telah memperbaharui pasport secara dalam talian perlu menuntut segera dokumen berkenaan bagi mengelak daripada dilupuskan dalam tempoh 90 hari, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata perkara itu juga selaras dengan peraturan yang telah termaktub di bawah bidang kuasa Jabatan Imigresen Malaysia, yakni apabila seseorang itu telah membuat pasport, menjadi tanggungjawab juga kepada individu berkenaan untuk menuntutnya.

“Bukan menjadi bidang kuasa kepada Jabatan Imigresen pula untuk hantar kepada mereka, walaupun diakui mungkin terdapat masalah tertentu yang menyebabkan pasport berkenaan gagal dituntut,” katanya kepada pemberita selepas menutup Program Kita Demi Negara di Dewan Astaka Batu Kurau, hari ini.

Beberapa media sebelum ini melapokan Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan terdapat 2,600 pasport yang telah diperbaharui secara dalam talian yang masih tidak dituntut setakat ini.

Mengulas mengenai program hari ini, Hamzah berkata lebih 2,000 individu telah berdaftar sebagai Sahabat Kita Demi Negara yang berperanan sebagai mata dan telinga pihak kerajaan khususnya berkaitan isu melibatkan keselamatan negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

2

Politik 4 bulan yang lalu

‘Dulu Penyokong, Sekarang Saya Musuh Nombor 1 Muhyiddin’ - Hamzah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Sindiket Pelacuran Warga Asing Tumpas, 75 Individu Ditahan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad