web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Belanja Hampir RM1 Juta Tampung Perjalanan Utusan Khas Dalam 18 Bulan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2022 5:16PM

Parlimen - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan membelanjakan hampir RM1 juta untuk kos perjalanan rasmi dalam dan luar negara membabitkan empat utusan khas Malaysia dalam tempoh kurang dua tahun.

Dalam jawapan bertulis Parlimen pada Khamis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Abdul Latiff Ahmad berkata, sejumlah RM923,455.10 dibelanjakan untuk tujuan itu antara Januari 2020 dan Jun 2022.

Latiff ketika menjawab soalan Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) berkata, jumlah itu dibelanjakan untuk keempat-empat utusan berkenaan menjalankan fungsi dan tanggungjawab khas mereka.

“Utusan khas Perdana Menteri sentiasa proaktif dan sudah mengadakan beberapa mesyuarat rasmi dengan duta serta kuasa usaha sementara beberapa negara luar. Ini untuk mendapatkan maklum balas langsung dan memupuk hubungan dua hala melalui aspek politik, ekonomi serta pendidikan,” katanya.

Latiff berkata, kerajaan juga sentiasa meneruskan usaha memperkasa sektor ekonomi sepanjang peralihan fasa endemik COVID-19.

Empat utusan khas bertaraf menteri itu adalah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dilantik sebagai Duta Khas ke Asia Barat, Presiden Parti Demokratik Progresif; Datuk Seri Tiong King Sing (China); Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot (Asia Timur) dan Presiden MIC, Tan Sri S Vigneswaran (Asia Selatan).

Pelantikan mereka dibuat antara Mac dan April 2020, sejurus selepas mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah ketika itu.

Terdahulu, Chan meminta penjelasan terperinci mengenai tugas dijalankan utusan khas itu, selain jadual lawatan, tarikh dan perbelanjaan ditanggung kerajaan antara 2020 dan 2022.

Bagaimanapun, jawapan bertulis Latiff tidak termasuk senarai terperinci diminta Chan.

Satu daripada lawatan terbaharu Abdul Hadi ke luar negara yang dilaporkan pada akhir Januari tahun ini adalah ke Qatar dalam lawatan empat harinya untuk bertemu dengan Perdana Menteri negara berkenaan, Sheikh Khalid Khalifa Abdul Aziz Al-Thani dan beberapa kenamaan.

Pada September tahun lalu, Abdul Hadi berkata, beliau sudah bertemu dengan sekurang-kurangnya 10 utusan di Asia Barat untuk mengadakan perbincangan mengenai kerjasama dua hala.

“Tindakan susulan turut diambil dalam kalangan menteri melalui beberapa siri lawatan yang antara lain termasuk peningkatan membabitkan perdagangan minyak sawit.

“Kami juga bercakap mengenai sektor pendidikan di Mesir dan Jordan, selain kerjasama dalam membantu rakyat Palestin. Kerja itu sudah pun dilakukan, tetapi ini kesinambungan dan peningkatan (daripada itu),” kata Abdul Hadi, seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Pelantikan utusan itu dipersoalkan blok pembangkang Pakatan Harapan (PH) yang menggesa Kabinet lebih kecil dan menghentikan jawatan utusan khas untuk terus membayar subsidi ayam, telur, minyak masak, petrol serta tarif.

Jawatankuasa kos sara hidup gabungan itu juga mencadangkan pemotongan elaun, terutama kos percutian, untuk anggota Kabinet dan timbalan menteri serta mengurangkan perjalanan ke luar negara.

September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertahankan keperluan untuk melantik utusan khas dan penasihat, selain mendedahkan bahawa mereka masing-masing menerima gaji RM27,227.20 sebulan.

Dalam jawapan di Parlimen, beliau berkata, pelantikan itu penting dan bukan pembaziran kerana individu terbabit mempunyai rangkaian hubungan, pengalaman serta kepakaran khusus yang boleh memajukan kepentingan negara.

“Antara tanggungjawab mereka ialah meningkatkan hubungan luar, ekonomi, perdagangan, pelaburan dan pendidikan. Bagi rantau Asia Barat, ia termasuk meningkatkan kerjasama dalam hal ehwal Islam,” katanya. – Getaran, 24 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan