web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bayaran Tanpa Tunai Di Klinik, Hospital Kerajaan Mulai Oktober

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2022 5:11PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bermula 1 Oktober ini, semua kemudahan Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk klinik dan hospital hanya akan menerima pembayaran tanpa tunai melalui kad debit, kad kredit serta e-dompet.

Ketua Setiausaha KKM, Datuk Harjeet Singh berkata, pelanggan hanya dibenarkan membayar dengan tunai jika individu tersebut tidak mempunyai akaun bank atau akses kepada pembayaran tanpa tunai.

“Selaras dengan pelan antirasuah KKM dan Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia 2021, semua kemudahan kementerian (kementerian kesihatan) hanya akan menerima pembayaran tanpa tunai melalui mod pembayaran seperti kad debit, kad kredit dan e-dompet mulai 1 Oktober ini,” katanya menerusi pekeliling KKM bertarikh 22 Jun lalu.

Jelasnya, kaedah pembayaran tanpa tunai dilaksanakan demi mengurangkan risiko berlaku ketirisan wang awam dan meningkatkan kecekapan pengurusan terimaan hasil di kaunter yang lebih cepat, mudah dan selamat.

“Langkah itu juga dapat mengurangkan kos dalam urusan kutipan hasil di peringkat pusat dan risiko jangkitan COVID-19 di kaunter bayaran melalui platform tanpa sentuh,” katanya.

Beliau berkata, KKM menjangkakan sekurang-kurangnya 95 peratus transaksi tanpa tunai di klinik dan hospital awam menjelang akhir tahun ini.

Harjeet, 59, dilantik sebagai KSU kementerian itu berkuatkuasa pada 11 April lalu.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Ohio, Columbus, Amerika Syarikat serta berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun sebagai pegawai tadbir dan diplomatik pada 1 Ogos 1989.

Selain berpengalaman luas dalam bidang perancangan, pengurusan sumber manusia dan dasar, Harjeet pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam. - Getaran, 24 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Hospital Lambang Sebenar Perpaduan - Annuar

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

4

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad