web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sorok Minyak Masak Bersubsidi Peket, Pasar Raya Diserbu KPDNHEP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2022 1:41PM

Taktik pengusaha pasar raya di Kota Warisan, Sepang itu terbongkar susulan laporan diterima KPDNHEP daripada pengguna berhubung ketiadaan minyak masak bersubsidi di premis terbabit. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan pengusaha pasar raya menyorokkan minyak masak bersubsidi peket satu kilogram, menerima padah selepas premisnya diserbu penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang menyamar sebagai pelanggan.

Taktik pengusaha pasar raya di Kota Warisan, Sepang itu terbongkar susulan laporan diterima KPDNHEP daripada pengguna berhubung ketiadaan minyak masak bersubsidi di premis terbabit.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Bahagian KPDNHEP, Azman Adam berkata, berdasarkan aduan itu, pihaknya mengambil tindakan susulan kelmarin untuk menyiasat kebenaran laporan terbabit.

Menurutnya, pasukan penguatkuasa KPDNHEP Sepang dengan berpakaian preman mengunjungi premis terbabit untuk menjalankan pemeriksaan bagi mengesan dan mengesahkan wujud urus niaga tidak beretika oleh pengusaha.

“Hasil pemeriksaan, pasukan penguatkuasa mengesyaki wujud perlakuan tidak beretika oleh peniaga, iaitu menjual atau membekalkan barang kawalan bersubsidi minyak masak peket satu kilogram dengan penjualan bersyarat kepada pelanggan.

“Pada masa sama, didapati premis diadu menyimpan sejumlah minyak masak bersubsidi peket satu kilogram di stor,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, premis tersebut dikenakan tindakan mengikut Seksyen 19, Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menjual barang kawalan berjadual secara bersyarat.

“Tindakan rampasan sudah dibuat ke atas beberapa barangan relevan untuk kes ini, iaitu minyak masak peket satu kilogram sejumlah 1,944 kilogram dan lain-lain dokumen urus niaga berkaitan.

“Jumlah nilai rampasan ialah RM 4,860,” katanya.

Azman berkata, pihaknya turut menyiasat kesalahan lain mengikut peruntukan Akta Kawalan Bekalan 1961 dan subsidiari, iaitu berdasarkan Seksyen 16A (1)(b) kerana enggan menjual barang berjadual dalam milikannya dengan kuantiti munasabah kepada pelanggan dalam urusan perniagaan.

“Selain itu, siasatan dilakukan mengikut Peraturan 13(1) & (2) PPKB 1974 kerana penyelenggaraan buku stok bagi barangan berjadual oleh pemborong dan peruncit.

“Akta tersebut memperuntukkan hukuman mengikut Seksyen 22 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961, iaitu didenda tidak melebihi RM1 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. - Getaran, 24 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PM Umum Pelaksanaan Subsidi Bahan Api, Mulakan Dengan Diesel

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Digesa Tahan Ketua Pemuda UMNO Bagi Hentikan 'Kempen' Hasutan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad