web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Individu Terima 2 Dos Vaksin Mungkin Dibenar Rentas Negeri, Ke Luar Negara - Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2021 10:01PM

Muhyiddin Yassin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Individu yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 mungkin dibenar untuk merentas negeri malah mereka juga mungkin boleh ke luar negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata keputusan mengenai perkara itu akan dibuat pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Selain itu, katanya kerajaan juga memulakan rundingan dan perbincangan dengan beberapa negara bagi membolehkan rakyat Malaysia yang telah divaksin untuk ke negara berkenaan. 

“Saya akan bincang dalam mesyuarat MKN, kita akan membincangkan bahawa siapa yang sudah mendapat dua suntikan vaksin mereka akan boleh rentas negeri dan ke mana-mana dengan tidak dihalang oleh pihak berkuasa.

“Ini suatu (yang boleh) menggalakkan orang ramai (divaksinasi). Bukan sahaja dalam negara, kita sudah memulakan rundingan dengan beberapa negara untuk membolehkan warga kita yang sudah disuntik dua kali dan akan ada satu sijil supaya mereka boleh bergerak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab program Sesi Balai Rakyat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di sini hari ini.

Perdana menteri tiba di Sarawak pagi tadi untuk lawatan kerja dua hari.

Setakat semalam, sebanyak 215,395 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 2 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran