web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tubuh Dana Penstabilan Harga Kawal Peningkatan Inflasi - Guan Eng

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 4:37PM

Lim Guan Eng - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kos sara hidup di negara ini akan terus meningkat sekiranya kerajaan tidak melaksanakan beberapa pendekatan seperti Dana Penstabilan Harga, pengukuhan ringgit dan menyelesaikan kekurangan pekerja yang teruk.

Ahli Parlimen Lim Guan Eng berkata, golongan B40, M40 dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut akan terjejas teruk kerana tiada bantuan kerajaan ditawarkan.

“Kejatuhan ringgit hanya menambah kos import kepada perniagaan manakala kekurangan buruh yang teruk akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi kerana perniagaan tidak berani menerima tempahan baharu.

“Berbanding dua rakan dagangan terbesar negara, ringgit jatuh ke paras terendah dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa kepada RM4.46, manakala jika dibandingkan dolar Singapura, ia meningkat sedikit daripada rekod terendah pada RM3.21,” katanya hari ini.

Jelas Guan Eng, situasi penurunan nilai ringgit berbanding AS dan Singapura, hanya akan menyebabkan inflasi meningkat.

“Petunjuk betapa teruknya keadaan semasa boleh dilihat dengan harga lima kilogram (kg) minyak masak pada RM19 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) tetapi kini dijual melebihi RM45.

“Kerajaan cuba membayangkan walaupun kadar inflasi meningkat kepada 3.4 peratus pada Jun, ia masih lebih rendah berbanding dengan 5.6 peratus di Singapura,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, perbandingan sedemikian tidak bermakna apabila Pariti Kuasa Membeli (PPP) perkapita Singapura dicatatkan hampir empat kali ganda lebih tinggi berbanding Malaysia.

Katanya, kerajaan perlu menyelesaikan segera isu inflasi dengan melaksanakan beberapa langkah untuk memperlahankan kenaikan harga barangan.

“Pengukur inflasi Malaysia, indeks harga pengguna (IHP), meningkat 3.4 peratus pada Jun 2022 berbanding tahun sebelumnya, disumbangkan kenaikan harga makanan sebanyak 6.1 peratus.

“Ia tidak menggambarkan keadaan sebenar disebabkan penetapan harga kawalan bagi barangan keperluan tertentu. Indeks harga pengeluar Jun yang akan diumumkan kelak akan mencerminkan gambaran lebih tepat tentang keadaan semasa,” katanya.

Pada masa sama, Guan Eng turut meluahkan kekesalan kerana

kerajaan enggan mewujudkan Dana Penstabilan Harga.

Katanya, ini berdasarkan RM5 bilion seperti dinyatakan dalam jawapan Parlimen kepadanya oleh Kementerian Kewangan (MOF).

“Sebaliknya, RM1 bilion disediakan kepada penternak ayam untuk menstabilkan harga ayam dan telur pada harga kawalan, sehingga Ogos ini. Sungguhpun begitu, kekurangan bekalan masih akan berlaku kerana ayam dan telur masih dijual di bawah kos.

“Ini berikutan peningkatan input pengeluaran makanan global seperti jagung (14.8 peratus), gandum (60.9 peratus) dan kacang soya (19.9 peratus), yang juga komposisi terbesar dalam penyediaan bahan makanan ayam menyebabkan harga ayam meningkat sebanyak 17.2 peratus,” katanya.

Ujarnya lagi, kerajaan terus menafikan sebarang tanggungjawab dengan menyalahkan kenaikan harga makanan disebabkan beberapa faktor global.

“Antaranya peningkatan input pengeluaran makanan akibat perang di Ukraine, kekurangan bekalan, gangguan dalam rantaian bekalan disebabkan sekatan pergerakan COVID-19 di China dan kos logistik yang tinggi.

“Bagaimanapun, tidak disebutkan kesan negatif daripada kejatuhan nilai ringgit dan kekurangan buruh yang teruk dalam meningkatkan kadar inflasi,” katanya.

Semalam, IHP meningkat 3.4 peratus tahun ke tahun kepada 127.4 pada Jun 2022 berbanding 123.2 pada Jun 2021, melepasi purata inflasi di Malaysia bagi tempoh Januari 2011 hingga Jun 2022 sebanyak 1.9 peratus.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, indeks makanan meningkat 6.1 peratus dan kekal sebagai penyumbang utama kenaikan inflasi pada bulan tersebut. - Getaran, 23 Julai 2022 

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

'YB Kepala Batas, Kamu Ada 48 Jam Untuk Kemukakan Bukti' - Guan Eng

2

Politik 2 tahun yang lalu

Rakyat Perlu Bersatu, Tolak Eksploitasi Perkauman, Ekstremisme - Guan Eng

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Hadi Awang, Guan Eng Diserah Ke AGC Semalam - KPN

4

Politik 2 tahun yang lalu

Pulau Pinang Tak Goyah, Kekal Teguh Di Belakang PM - Guan Eng

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan