web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangkitan COVID-19 Masih Lepasi 3,000 Kes, 14 Kematian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 10:30AM

Jumlah keseluruhan individu dijangkiti COVID-19 kini meningkat kepada 4,644,115 kes setakat ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angka jangkitan COVID-19 kembali menurun dengan 3,880 kes direkodkan semalam berbanding 4,587 kes kelmarin.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 4,644,115 kes setakat ini.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 3,873 kes tempatan dan tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak 14 lagi korban COVID-19 direkodkan semalam dengan tiga kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kematian tertinggi direkodkan di Selangor iaitu lima kes diikuti Kuala Lumpur (tiga), masing-masing dua di Kedah dan Perak manakala satu setiap negeri di Kelantan dan Sabah.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,902 setakat ini dengan 7,622 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 48,668 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.9 peratus atau 47,139 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 32 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,447 orang atau 3 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 50 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 28 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 2,607 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,559,545 kes. - Getaran, 23 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad