web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Reman Wanita Bunuh Suami, Rakan Subahat Disambung 6 Hari Lagi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2022 6:36PM

Suri rumah berusia 36 tahun itu dipercayai membunuh suaminya ketika berada di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine dan amphetamine. - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Reman terhadap seorang wanita yang disyaki memukul suaminya sehingga mati serta rakan lelakinya yang bersubahat dalam kejadian di Flat Nipah, Taman Daya di sini Jumaat lepas disambung enam hari lagi sehingga Khamis depan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata perintah reman berkenaan dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Dhilip Nair.

“Kedua-dua mereka yang terlibat telah dikenakan perintah reman sambungan selama seminggu, bermula hari ini hingga 28 Julai,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Dalam kejadian Jumaat lepas, seorang lelaki bekerja sendiri berusia 44 tahun ditemukan maut dengan muka dan kepala mengalami kecederaan, dipercayai diserang menggunakan objek tumpul dan dipukul oleh isterinya.

Suri rumah berusia 36 tahun itu dipercayai membunuh suaminya ketika berada di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Ibu kepada dua orang anak itu kemudiannya ditahan polis di kawasan berhampiran ketika cuba melarikan diri dan rakan lelakinya berusia 52 tahun ditahan di sekitar Majidee hari yang sama. - Bernama

TAG: reman, pukul, suami, dadah, taman daya

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Dakwaan Rasuah: Shamsul Iskandar, Tei Direman 6 Hari 

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Kes Bunuh 2 Beranak: 3 Lelaki Nepal Direman 7 Hari

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan