web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aduan Bersifat Umum Sukarkan Siasatan KPDNHEP - Nanta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2022 4:31PM

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Aduan bersifat umum berkaitan isu bekalan mahupun harga barangan pengguna tidak membantu pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam menentukan kesahihan sesuatu isu.

Justeru, menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengalu-alukan sebarang aduan berkaitan barangan pengguna dengan berasaskan fakta menerusi tujuh saluran yang disediakan bagi membolehkan tindakan dilakukan.

“Biarlah buat aduan berasaskan fakta. Jangan suka-suka mengatakan ada masalah dan membuat laporan tanpa berfakta, (masalah) tidak berlaku atau (laporan dibuat) secara rambang. Itu tidak membantu dalam siasatan kami,” katanya selepas melawat sebuah gudang milik syarikat pemborong di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai orang ramai yang gemar membuat aduan mengenai harga minyak masak yang tinggi melalui platform media sosial berbanding menggunakan saluran disediakan kementeriannya.

Ahli Parlimen Kapit itu berkata setiap aduan yang dibuat akan disusuli dengan siasatan oleh anggota KPDNHEP beruniform, Pegawai Pemantau Harga (PPH) atau Pegawai Kepenggunaan yang dilantik di setiap kawasan parlimen di seluruh negara.

Beliau berkata tugas di lapangan bagi memantau bekalan mahupun harga barangan pengguna sememangnya dilaksanakan setiap masa.

Sementara itu, beliau berkata pada lawatan hari ini mendapati tiada masalah dari segi bekalan minyak masak paket 1 kilogram (kg) bersubsidi atau minyak masak botol 5kg tidak bersubsidi di gudang pemborong barangan import itu.

Kementeriannya dan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi telah meminta supaya pemain industri meletakkan harga patut terhadap minyak masak berikutan penurunan harga minyak sawit mentah dunia - Gambar Fail
Kementeriannya dan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi telah meminta supaya pemain industri meletakkan harga patut terhadap minyak masak berikutan penurunan harga minyak sawit mentah dunia - Gambar Fail

“Satu jenama minyak masak yang diedarkan dari sini harga runcitnya adalah RM39 untuk botol 5kg. Ini petanda baik kerana harga minyak sawit mentah di pasaran global pada ketika ini sudah turun,” katanya.

Kementeriannya dan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi telah meminta supaya pemain industri meletakkan harga patut terhadap minyak masak berikutan penurunan harga minyak sawit mentah dunia.

“Ini tidak harus diletakkan di bahu pihak pemborong sahaja malah pihak kilang penapisan perlu berbuat perkara sama agar harga minyak masak runcit turun,” katanya.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya petang ini, Nanta berkata harga minyak masak botol di peringkat peruncit kini mula merekodkan penyusutan, susulan penurunan harga minyak sawit mentah (CPO) di pasaran sehingga mencecah paras RM3,814 semalam di mana kali terakhir paras rendah sebegitu direkodkan adalah pada Julai 2021 manakala kadar tertinggi menjangkau RM8,076 dicatatkan pada Mac lalu.

Menurut beliau, mengikut simulasi KPDNHEP sebelum ini kadar minyak sawit mentah semasa (RM3,814.50) sepatutnya menyebabkan harga minyak masak botol 5kg dipasarkan di peringkat peruncit sekitar RM30.65.

Bagaimanapun, reflection atau kesan langsung daripada pola penurunan harga CPO dilihat berlaku amat perlahan.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi memberi penegasan kepada industri supaya sebarang penyusutan harga CPO wajar memberi kesan langsung kepada harga minyak masak botol di peringkat peruncit.

“Jangan ada pihak yang cuba melengahkan perubahan harga mengikut CPO ini, dengan alasan kerana hendak menghabiskan stok bekalan lama.

“Berdasarkan libat urus bersama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), saya dimaklumkan bahawa usaha untuk menukar penetapan harga pembelian buah tandan segar (BTS) mengikut mingguan, berbanding bulanan ketika ini giat dijalankan,” katanya sambil menambah menerusi usaha itu, sebarang kesan langsung harga dapat dilihat dalam purata seminggu hingga seminggu setengah, berbanding dua hingga dua bulan setengah sekarang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

2

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol Aidilfitri: Kerajaan Akan Umum Masa Terdekat - Nanta

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad