web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sindiket Bitcoin Tak Wujud Perdaya Mangsa, 5 Suspek Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 9:06PM

ACP Mohd Zaid Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Taktik ahli sindiket penipuan bitcoin tidak wujud yang menyamar sebagai wanita di media sosial untuk memperdaya mangsa terbongkar selepas suspek ditahan polis malam semalam.

Dalam serbuan jam 8 malam di sebuah unit kondominium dekat Batu 9 Cheras, Kajang itu, lima lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai terbabit dalam sindiket berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaid Hassan berkata, taktik menyamar sebagai wanita di media sosial itu adalah untuk menarik perhatian mangsa.

Menurutnya, mangsa akan dipujuk untuk menyertai pelaburan bitcoin atas talian yang menggunakan platform Beltratrading.net.

“Kesemua suspek ditahan itu berusia antara 23 hingga 32 tahun dan polis turut merampas lima unit komputer riba serta 16 unit telefon bimbit pelbagai jenama dalam serbuan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, ‘calling centre’ ini menjalankan kegiatan menawarkan pelaburan Bitcoin secara atas talian yang tidak wujud dan telah beroperasi sejak tiga bulan lalu, dengan menjadikan lelaki tempatan sebagai sasaran,” katanya hari ini.

Beliau berkata, suspek kini direman selama sehingga esok untuk membantu siasatan lanjut.

“Orang ramai yang telah menjadi mangsa penipuan sindiket ini dinasihatkan untuk tampil membuat laporan polis di balai polis berdekatan atau boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Tanaseelan di talian 012- 4416412.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya berwaspada dengan sindiket penipuan pelaburan Bitcoin atas talian agar tidak terpedaya dengan tipu helah sindiket ini.

“Sebagai langkah pencegahan, orang ramai juga boleh membuat semakan melalui aplikasi semak mule atau melalui laman sesawang https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ bagi sebarang urusan melibatkan akaun bank dan nombor telefon sebelum melakukan sebarang transaksi bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan,” katanya. - Getaran, 21 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad