web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saksi Nafi Bella Jadi Mangsa Amang Seksual Sebelum Dijaga Siti Bainun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 6:46PM

Siti Bainun (kanan) hadir untuk perbicaraan kes yang dihadapinya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penolong pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella menjadi mangsa amang seksual sebelum hak penjagaan sementara diberikan kepada Siti Bainun Ahd Razali.

Mohamad Imran Mohamed Zanyuin, 35, berkata beliau terkejut kerana ini merupakan kali pertama beliau mendengar isu amang seksual dibangkitkan pihak pembelaan.

Saksi pendakwaan ke-12 itu berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor, mewakili Siti Bainun, pada perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi.

Saksi juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa individu yang melakukan amang seksual itu adalah seseorang yang dipanggil ustaz atau pun ‘pakcik’ di tempat Bella tinggal sebelum ini.

Nur A’minahtul Mardiah: Semasa rakaman (siasatan) di Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC), Bella ada menyebut tentang ustaz.

Mohamad Imran: Tidak tahu.

Nur A’minahtul Mardiah: Setiap kali Bella nampak individu seakan-akan pakcik atau ustaz...Bella akan menutup kemaluannya dengan kedua-dua belah tangan, adakah Encik Imran tahu mengenai perkara ini dan saksi itu menjawab “tidak tahu”.

Mohamad Imran juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa syor perintah tetap (hak penjagaan) diberikan kepada Siti Bainun antaranya disebabkan isu amang seksual.

Pada prosiding sebelum ini, Mohamad Imran berkata Mahkamah Majistret Kanak-Kanak membenarkan perintah jagaan sementara diberikan kepada Siti Bainun bermula 14 Julai sehingga 20 September 2020 manakala hak penjagaan tetap bermula 24 September 2020.

Menurut saksi itu, Bella sebelum ini ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah Seremban sejak 2011 sehingga 2020 sebelum Siti Bainun menjaga remaja itu.

Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

3

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

4

Semasa 1 hari yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad