web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Seorang Lelaki Ditahan, Rampas Dadah Nilai Hampir RM1 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 1:08PM

Mior Faridalathrash (dua, kanan) menunjukkan pelbagai jenis dadah yang dirampas dalam satu serbuan Isnin lalu di Changkat Kruing, Pantai Remis pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Pengkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah seberat 9.7 kilogram (kg) bernilai hampir RM1 juta dalam satu serbuan Isnin lepas di Changkat Kruing, Pantai Remis dekat Manjung.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki yang tidak bekerja berusia 56 tahun itu ditahan di sebuah rumah pada 10 malam dan pihaknya menemukan satu paket plastik disyaki dadah jenis heroin dan methamphetamine.

“Pemeriksaan di dalam sebuah kereta dan luar kawasan rumah tersebut turut menemukan beberapa lagi paket plastik mengandungi dadah dipercayai methamphetamine,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah motosikal bernilai RM3,500 dan nilai keseluruhan rampasan adalah sebanyak RM973,598.

Mior Faridalathrash berkata suspek didapati positif dadah jenis morfin hasil saringan air kencing serta mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah.

“Jumlah dadah yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada kira-kira 100,000 penagih yang dipercayai diedarkan di sekitar Manjung dan kawasan berhampiran.

“Suspek yang aktif mengedar dadah sejak enam bulan lalu direman selama seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad