web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Projek Pembangunan Rel Diteruskan, Kerajaan Negeri Senada Dan Sehati Sejiwa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 1:17PM

Wee Ka Siong menjawab soalan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan apa juga perancangan sedia ada berhubung projek pembangunan rel, tegas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Beliau berkata, semua kerajaan negeri kini senada dan sehati sejiwa untuk menyiapkan setiap projek berkenaan seperti dirancang walaupun tempohnya telah ‘dianjak ke belakang sedikit’.

“Tetapi kesannya adalah mereka yang hendak balik ke Kota Bharu, Kelantan mungkin mengambil masa tujuh hingga lapan jam pada waktu biasa manakala pada perayaan Aidilfitri, mungkin 12 jam.

“Apabila kita ada (Projek Laluan Rel Pantai Timur) dengan kelajuan 160 kilometer (km) sejam maka ia dapat disingkatkan kepada empat jam sahaja,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Maslan (BN-Pontian) pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan pada Dewan Rakyat hari ini.

Tidak ingin menghuraikan satu persatu tentang projek tersebut, Ka Siong menambah, projek lain seperti projek landasan berkembar Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Gemas-Johor Bahru juga masih berjalan.

Sehubungan itu, Ka Siong menjelaskan, projek seperti Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) perlu dibuat semula dan dari segi kos, kerajaan membuat keputusan untuk menawarkan tender secara terbuka.

“Mungkin kalau diikut perancangan ia perlu diawalkan tetapi oleh kerana ada kekangan, kita tidak boleh toleh ke belakang. Kita perlu terus pastikan projek terus berjalan dan membantu kita mengalihkan penggunaan mod pengangkutan daripada menggunakan kereta persendirian sekarang kepada pengangkutan awam,"” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menjawab soalan Ahmad yang bertanyakan status projek ECRL, projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR),  Lebuhraya Pan Borneo, MRT dan lebuh raya baharu bagi mengurangkan kesesakan terutama ketika cuti panjang dan perayaan.

Ka Siong memaklumkan, sehingga bulan lalu, pembinaan keseluruhan projek ECRL telah mencapai kemajuan sebanyak 31.48 peratus.

Beliau berkata, projek sepanjang 665 km yang bakal menghubungkan negeri Pantai Timur dan Pantai Barat di Semenanjung tersebut, akan menyingkatkan masa perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur selama empat jam berbanding tempoh tujuh hingga lapan jam ketika ini.

Menurutnya, projek ECRL dibahagikan kepada tiga seksyen iaitu Seksyen A bagi Kota Bharu ke Dungun, Terengganu, Seksyen B melibatkan Dungun ke Temerloh, Pahang dan Seksyen C dari Temerloh ke Pelabuhan Klang, Selangor.

Bagi HSR, Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam menjelaskan, cadangan asal pembinaan HSR ke Singapura telah dibatalkan pada 1 Januari 2021 tetapi pada 29 November tahun sama, Perdana Menteri telah mengadakan lawatan dan berbincang dengan rakan sejawatnya di Singapura.

Beliau berkata, kedua-dua Perdana Menteri telah mencadangkan agar model baharu projek HSR Kuala Lumpur-Singapura dibincangkan semula dan diserahkan kepada pertemuan kementerian pengangkutan kedua-dua negara, yang mengadakan perjumpaan pada 16 Mei lalu bagi menghalusi cadangan berkenaan.

“Seterusnya pada 24 Februari 2022, Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri Thailand dan mencadangkan HSR Malaysia disambung ke Bangkok.

“Lanjutan itu, saya dan Kementerian Pengangkutan Thailand pada 17 Mei telah bersetuju agar satu jawatankuasa khas bersama di antara kedua-dua kementerian, yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha kita dan pihak Thailand bagi membincangkan mengenai perancangan jajaran dan aspek teknikal lain berkaitan projek HSR Kuala Lumpur-Bangkok.

“Sebagai sebuah projek mega strategik, Kementerian Pengangkutan perlu meneliti cadangan pembangunan projek pada skala lebih besar iaitu ketersambungan kepada tanah besar ASEAN,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau memberitahu, sehingga Jun lalu, MRT2 telah mencatatkan kemajuan keseluruhan sebanyak 98.4 peratus dan dijangka bakal mula beroperasi sekitar Januari tahun depan.

Pembukaannya kelak jelas beliau, akan menggalakkan pengalihan mod kepada pengangkutan awam sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Bagi projek MRT3 atau laluan lingkaran, jajaran dicadangkan adalah 51 km, termasuk dua depoh dan 33 stesen  mencakupi dua stesen sementara, dengan 10 daripadanya adalah stesen pertukaran yang menyambungkan stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), Transit Aliran Ringan (LRT), monorel serta MRT laluan Kajang dan Putrajaya,” katanya.

Pada ketika ini, Ka Siong berkata, pihak MRT Corp sedang dalam proses melantik perunding pengurusan projek (CMC) serta tiga kontraktor bagi pakej kerja sivil (CMC).

“Pakej bagi kerja sistem akan dibuka kelak. Semua usaha meningkat ketersambungan MRT akan memberi pilihan pengangkutan berkualiti kepada rakyat,” katanya lagi. - Getaran, 19 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Wee Ka Siong Kekal Presiden MCA

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRN: MCA Bantu Kempen Calon BN

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Kerana Mahu Jadikan Axia E ‘Kereta Rahmah’ Soal Keselamatan Diketepikan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Loke Gagal Jawab Beberapa Soalan, Ini Mengecewakan - Ka Siong

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 54 minit yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad