web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Semak Undang-Undang Sedia Ada, Bertegas Terhadap Individu Hina Allah, Rasulullah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 7:01AM

Sebuah video tular di media sosial baru-baru ini memaparkan penghinaan dilemparkan seorang lelaki ke atas Allah dan Nabi Muhammad SAW - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menyemak semula undang-undang sedia ada, bagi membolehkan individu yang menghina agama Islam diberi penghakiman lebih tegas.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, terdapat keperluan untuk peraturan tersebut diperketat, agar ia mampu membendung perilaku pihak yang tidak bertanggungjawab daripada terus mengulangi kebiadaban mereka.

“Demi memelihara kestabilan negara dan kesejahteraan hidup bermasyarakat, pihak berkuasa perlu sentiasa bertindak tegas terhadap sesiapa sahaja yang menghina peribadi Nabi Muhammad SAW.

“Mereka perlu dikenakan hukuman yang lebih keras,” katanya kepada Getaran, hari ini.

 Dr Wan Salim Wan Mohd Noor - Gambar Fail
Dr Wan Salim Wan Mohd Noor - Gambar Fail

Beliau berkata demikian bagi mengulas penularan sebuah video di media sosial, yang memaparkan penghinaan dilemparkan seorang lelaki ke atas Allah dan Nabi Muhammad SAW.

Insiden tersebut yang berlaku di Puchong, Selangor berakhir dengan dia dibelasah beberapa individu, sehingga mengalami kecederaan di muka.

Lebih malang, dia turut ditahan polis dan berdepan siasatan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman, mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin ketika mengesahkan perkara itu berkata, suspek direman selama empat hari bermula semalam untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, perintah reman diperoleh mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Perundingan Wanita Islam Malaysia (MPWIM), Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal ketika dihubungi Getaran berkata, pakar perundangan dan agama Islam perlu duduk semeja untuk menjalankan kajian terperinci, selain memberi pandangan berhubung perbuatan seumpama itu yang dilihat semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal - Gambar Fail
Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal - Gambar Fail

Menurut beliau, tindakan tersebut amat wajar memandangkan isu sebegini boleh mengundang huru-hara di kalangan masyarakat.

Katanya, sebagai rakyat dalam negara berbilang kaum dan agama, sifat saling menghormati sangat penting untuk diamalkan.

“Apa yang kita lihat sekarang adalah orang sudah semakin berani dan tak takut kepada Allah, jauh terpesong. Masyarakat tidak prihatin kepada sensitiviti orang Islam.

“Mereka lupa, ia boleh menimbulkan huru-hara jika tidak dibendung. Justeru, pakar perlu membuat kajian dan memberi pandangan untuk mengelakkan perkara lebih buruk,” katanya.

Ketika ditanya sama ada undang-undang di negara masih lemah, Noor Aziah yang juga Profesor Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) berkata, bidang kuasa Mahkamah Syariah bergantung kepada Akta 355 dan Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, Mahkamah Sivil juga sudah mempunyai peruntukan undang-undang bagi menghalang perbuatan seperti itu.

“Mungkin ia tidak pernah dikuatkuasakan (sebelum ini) kerana orang tidak buat kesalahan (seperti itu) namun (nampaknya) mereka semakin berani sekarang.

“Sekiranya masih tidak berpuas hati dengan hukuman sedia ada, maka pinda Akta 355 dan naikkan hukuman bagi kesalahan jenayah syariah,” katanya. - Getaran, 19 Julai 2022


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Resit Tertera Perkataan Hina Islam

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Persekutuan Berhak Batal Undang-Undang Sivil, Syariah Jika Bercanggah Dengan Perlembagaan - Peguam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Laksana Kajian Untuk Perkukuh Perundangan Tangani Jenayah Dalam Talian - Azalina

4

Politik 2 tahun yang lalu

Isu Liberal International: PKR Timbang Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Berniat Jahat

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 19 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar