web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Personaliti TV3 Zalina Azman Dilaporkan Hilang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 10:18PM

Bekas personaliti TV3, Zalina Azman dilaporkan hilang - Gambar tangkapan layar video YouTube dan Facebook Polis (IPD) Shah Alam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas personaliti popular TV3, Zalina Azman dilaporkan hilang.

Perkara ini disahkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang memaklumkan tentang kehilangan seorang wanita berbangsa Melayu bernama Zalina Shaharah Azman berumur 58 tahun.

Makluman hebahan orang hilang yang sama turut dikongsi oleh Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi menerusi hantaran di laman media sosialnya.

Saat berita ini ditulis terdapat 23 perkongsian dan empat komen di laman Facebook IPD, sementara hantaran Senator Datuk Ras Adiba telah menerima 104 tanda ‘Like’ di laman Instagramnya.

Makluman orang hilang tersebut dimuat naik di laman Facebook rasmi Polis (IPD) Shah Alam sekitar 11 jam yang lalu.

Menurut laporan itu lagi, difahamkan alamat kediaman Zalina adalah di Shah Alam.

''Ciri-ciri fizikal yang dimilikinya ialah berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan kurus,'' demikian menurut kenyataan berkenaan.

Sehubungan itu, IPD Shah Alam menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkan info berkenaan kepada pegawai penyiasat kes, Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.

Zalina Azman merupakan bekas pembaca berita dan pengacara beberapa rancangan TV3 popular sekitar tahun 90-an dan awal 2000. – Getaran, 18 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tragedi Kepala Air: Wanita Maut, 4 Mangsa Masih Hilang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pempengaruh Boss Mario Hilang, Kereta Ditemukan Di Pantai Klebang

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

oleh Sophia Ahmad