Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hina Agama Cerminan Pemimpin, Cenderung Berkelahi Sesama Sendiri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 2:45PM

Isu penghinaan terhadap agama Islam sebagaimana yang berlaku di sebuah kelab komedi baru-baru ini dilihat sebagai cerminan daripada perbuatan pemimpin sendiri yang cenderung berkelahi antara satu sama lain - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu penghinaan terhadap agama Islam sebagaimana yang berlaku di sebuah kelab komedi baru-baru ini dilihat sebagai cerminan daripada perbuatan pemimpin sendiri yang cenderung berkelahi antara satu sama lain.

Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid berkata, contoh buruk ditunjukkan segelintir pemimpin negara hari ini sudahpun menjadi ikutan rakyat.

“Sekarang ini pemimpin menunjukkan contoh yang buruk kepada rakyat. Caci mencaci, perli memerli antara satu sama lain dalam surat khabar, di Parlimen dan sewaktu perjumpaan tertentu.

“Bila pemimpin buat begitu, tak mustahil rakyat pun boleh buat perkara sama. Maksudnya di sini kepimpinan melalui tauladan. Rakyat sekadar mengikut apa dilakukan pemimpin kita,” katanya kepada Getaran.

Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid - Gambar Fail
Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid - Gambar Fail

Bagi mengelak agama Islam terus diperlekehkan, beliau berkata, semua pihak termasuk pemimpin harus bersedia memperbaiki kelemahan masing-masing.

“Kalau kita tak mahu orang serang rumah kita, dalam rumah tu jangan ada perkelahian, jangan ada apa-apa kekurangan yang boleh dipertikaikan. Jangan ada kealpaan dan sebagainya.

“Kita kena lihat (kekurangan) pada diri kita, bukan lihat pada orang lain. Jadi bila ada penghinaan pada agama kita, maknanya kita perlu melihat tentu ada sesuatu kekurangan yang perlu kita perbaiki,” katanya.

Tegasnya lagi, umat Islam juga perlu meneliti apa sebenarnya yang berlaku dalam masyarakat, komuniti dan keluarga masing-masing susulan insiden tersebut.

“Kalau kita terlampau defensive, maka mungkin kita akan kehilangan masa untuk defence sahajalah, macam jadi firefighter.

“Saya tak nak bercakap mengenai hukuman kerana itu adalah sebahagian cara kita mempertahankan diri. Tetapi yang pentingnya kita perlu memperbetulkan diri,” katanya.

Susulan itu Mahmood Zuhdi mencadangkan agar pendidikan sosial dalam masyarakat di negara ini dipertingkat bagi memastikan perkara seumpama ini tidak berulang di masa hadapan.

“Pendidikan sosial perlu dipertingkat supaya ada satu common budaya dalam masyarakat kita. Agama berlainan tapi budaya lebih sifat satu, itu lebih selamatlah.

“Toleransi itu penting ada asasnya. Kemudian antara agama pun ada asas toleransi antara ras, jadi kita perlu ada satu kefahaman sampai kepada peringkat pembudayaan dalam masyarakat kita,” katanya.

Ujarnya, tanpa pembudayaan dalam masyarakat, isu penghinaan terhadap agama di negara ini tidak akan dapat diselesaikan.

“Macam masyarakat Islam yang sedang dilondeh oleh orang lain, begitu juga orang yang melondehkan Islam, dia tak sedar kekurangan yang ada pada dirinya.

“Jadi bila masing-masing tak sedar kekurangan tersebut dan hanya melihat pada kekurangan orang lain, maka terjadilah isu macam sekarang ini (penghinaan agama Islam),” katanya.

Sementara itu, Pakar Undang-Undang, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berpendapat, mana-mana individu yang menghina Islam perlu dikenakan hukuman maksimum.

Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod - Gambar Fail
Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod - Gambar Fail

Tegasnya, memaksimumkan hukuman merupakan antara cara untuk memberi pengajaran buat pelaku dan orang lain yang terbabit dengan isu berkenaan.

“Jadi nak katakan tiada undang-undang, negara kita memang ada undang-undang yang cukup. Saya pasti akan sentiasa berlaku (isu penghinaan) kerana ada sahaja individu mempunyai niat dan motif tertentu.

“Kadang-kadang (individu terbabit) tak ada motif pun, tapi sekadar nak mendapatkan publisiti. Dan kadang-kadang dia tidak menyedari telah menyentuh sensitiviti agama dan kaum. Jadi mahkamah patut mengenakan hukuman lebih tegas, maknanya jatuhkan hukuman maksimum,” katanya.

Menurut beliau, selain Seksyen 298A Kanun Keseksaan, peruntukan undang-undang yang boleh digunakan untuk tindakan demikian adalah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kita boleh guna Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu menimbulkan suasana tidak harmoni antara agama. Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh didenda dan dihukum penjara minimum dua tahun tetapi tidak melebihi lima tahun.

“Tapi kalau lebih serius lagi, Akta Hasutan 1948 boleh digunakan. Ini kerana individu terbabit cuba menimbulkan kecelaruan, keadaan tidak aman dan juga menghina agama.

“Kalau menggunakan media sosial pula, pelaku boleh didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jadi dalam konteks undang-undang awam memang ada (hukuman),” katanya.

Siti Nuramira Abdullah, wanita yang tular di media sosial kerana menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, Rabu lalu atas tuduhan menyebabkan rasa tidak harmoni dalam kalangan orang Islam.

Siti Nuramira Abdullah - Gambar Fail
Siti Nuramira Abdullah - Gambar Fail

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, Siti Nuramira, 26, didakwa mengaku seorang Muslim dan menghafal 15 juzuk al-Quran, sebelum membuka tudung dan menanggalkan baju kurung sewaktu membuat persembahan di atas pentas.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan iaitu perbuatan berkenaan boleh menyebabkan suasana tidak harmoni di atas alasan agama, di antara orang yang menganut agama sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Getaran semalam melaporkan, seorang lelaki di Puchong menjadi individu terbaru ditahan selepas perbuatannya yang menghina Allah, Rasulullah SAW dan agama Islam tular di media sosial.

Susulan insiden, dia turut mengalami kecederaan di bahagian muka apabila dibelasah beberapa individu yang berang dengan tindakannya itu. - Getaran, 15 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Orang Ramai Diminta Henti Perbuatan Hina Agama Di Media Sosial - Mohd Naim

2

Refleksi 1 tahun yang lalu

Bukan Sekadar Gelak Ketawa, Ini Hukum Berlawak Jenaka

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Siti Nuramira, Teman Lelaki Selesai Bayar Jaminan RM40,000

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

Semasa 1 hari yang lalu

Kerjasama Awam-Swasta Bakal Bantu Selesaikan Isu Kekurangan Jururawat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Harumanis Tiruan Tak Jejas Pasaran Baka Asli Perlis

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

PM Harap Terminal Baharu LTSIP Jana Lebih Banyak Peluang Ekonomi Di Kelantan