web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Indonesia Disyaki Edar Dadah Maut Jatuh Tingkat 7

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2021 8:01AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sorang lelaki warga Indonesia yang disyaki terlibat kegiatan pengedaran dadah maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh kediamannya ketika melarikan diri daripada polis di Jalan Ipoh semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kejadian itu berlaku pada 12.58 tengah hari di Flat Batu Permai, Jinjang ketika polis membuat serbuan di rumahnya.

Beliau berkata sebelum kejadian itu berlaku, polis yang melakukan serbuan mendapati pintu rumahnya berkunci dan ternampak seorang lelaki melarikan diri dari ruang tamu memasuki bilik tidur.

“Selang beberapa minit kemudian, seorang wanita warga Indonesia (isteri lelaki itu) telah keluar dari bilik berkenaan dan menyerahkan kunci pintu kepada pihak polis.

 “Hasil pemeriksaan mendapati lelaki tersebut telah tiada di dalam bilik tidur dan tiga keping cermin tingkap bilik itu telah ditanggalkan. Polis juga tidak menjumpai sebarang dadah di dalam bilik tidur berkenaan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beh berkata pemeriksaan lanjut di ruang tamu telah menemukan keratan plastik lut sinar berisi bahan yang disyaki dadah jenis Metamfetamine dengan anggaran berat 0.27 gram. 

“Polis meneruskan pencarian individu berkenaan serta mendapati dia telah berada di lantai bahagian belakang bangunan berkenaan dalam keadaan terlentang dan dipercayai telah meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat tujuh,” katanya.

Beliau berkata semakan mendapati lelaki itu merupakan warganegara Indonesia berusia lingkungan 36 tahun dan hasil pemeriksaan ke atas badannya menemukan untuk alat menghisap dadah serta sepaket dadah di dalam poket seluar suspek. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar