web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Marah Isteri Fail Perceraian, Suami Ditahan Buat Ugutan Jenayah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 7:02PM

Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG JAYA - Gara-gara mengugut isteri dan mengeluarkan ayat berunsur lucah, seorang lelaki ditahan polis, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada 11 Julai lalu pada jam 9.15 malam di kediaman mangsa di Taman Muda, di sini.

Menurut beliau, suspek dikatakan berang dengan tindakan mangsa memfailkan permohonan cerai di mahkamah.

“Mangsa berusia 31 tahun itu telah didatangi suaminya yang membuat bising di luar rumah kerana marah dengan tindakan isterinya memfailkan permohonan cerai di mahkamah.

"Suspek kemudian telah mengeluarkan ayat berbaur ugutan dan lucah kepada wanita berkenaan,” katanya hari ini.

Mohamad Farouk berkata, polis yang bertindak atas laporan menahan lelaki terbabit pada jam 2.15 pagi tadi.

Katanya, semakan mendapati suspek yang bekerja sebagai pemandu lori itu memiliki tiga rekod lampau bersabit kes dadah.

“Suspek yang berusia 32 tahun kini direman tiga hari sehingga Isnin untuk siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

"Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua- duanya sekali," katanya. - Getaran, 16 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar