web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Tahan Rakan Wanita Yang Disyaki Terlibat Kes Bunuh Suami

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 4:13PM

Buruh berusia 52 tahun yang juga rakan wanita itu ditahan di kawasan Majidee di sini pada pukul 10 malam tadi. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan melibatkan seorang wanita yang disyaki memukul suaminya hingga mati di Flat Nipah, Taman Daya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata buruh berumur 52 tahun yang juga rakan wanita itu ditahan di kawasan Majidee di sini pada pukul 10 malam tadi, dan ujian saringan mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

"Hasil siasatan pihak polis mendapati motif pembunuhan dipercayai kedua-dua individu itu berada di bawah pengaruh dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki yang didapati mempunyai lima rekod jenayah lampau, dua daripadanya berkaitan kes dadah itu, direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Pagi tadi seorang wanita berumur 36 tahun yang bekerja sendiri direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan suaminya yang berumur 44 tahun, yang ditemukan maut dipercayai akibat diserang menggunakan objek tumpul kira-kira pukul 7.50 pagi semalam.

Raub sebelum ini dilaporkan berkata wanita berkenaan didapati berada di bawah pengaruh dadah berdasarkan ujian saringan yang mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Suspek Kes Bunuh Nurfisya Kembali Ke Mahkamah, Tempoh Reman Dilanjut

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Dakwaan Rasuah: Shamsul Iskandar, Tei Direman 6 Hari 

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Kes Bunuh 2 Beranak: 3 Lelaki Nepal Direman 7 Hari

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad