web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak 11 Tahun Ditemukan Mati Dengan Kesan Jerut, Ibu Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 9:22PM

Polis menerima maklumat awam mengenai kejadian itu pada 4.55 petang sebelum menahan ibu mangsa yang berusia 34 tahun bagi membantu siasatan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditemukan mati dengan kesan jerut di leher dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Bukit Tropika, Yong Peng di sini, semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya menerima maklumat awam mengenai kejadian itu pada 4.55 petang sebelum menahan ibu mangsa yang berusia 34 tahun bagi membantu siasatan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati terdapat kesan luka di dahi dan kesan jerut di leher mangsa, namun tiada kecederaan di bahagian badan mangsa.

"Keterangan beberapa saksi telah diambil dan mangsa dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

"Ibu mangsa ditahan untuk siasatan lanjut memandangkan terdapat kenyataannya yang tidak konsisten dengan kenyataan diberikan oleh saksi-saksi,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata wanita terbabit kini direman tujuh hari bermula hari ini hingga 21 Julai dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Polis masih menyiasat punca sebenar kes berkenaan berlaku dan akan membawa ibu kanak-kanak itu menjalani pemeriksaan mental,” katanya

Sementara itu, menurut adik wanita berkenaan yang enggan dikenali menyatakan dia ke tempat kejadian setelah dihubungi jiran kakaknya.

"Ketika saya tiba di lokasi, saya ada berbual dengan kakak dan dia memberitahu ada bergaduh dengan mangsa sebelum menyatakan menemui anaknya itu menggantungkan diri.

"Saya syak kakak berada dalam keadaan tertekan sebelum bergaduh dengan anaknya itu dan kami sekeluarga masih terkejut dengan kejadian berkenaan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad