web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pekerja Indonesia Dibeku: Kerajaan Digesa Cari Alternatif Atau Industri Terus Terjejas…

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 8:00PM

Keputusan Indonesia mengenakan pembekuan sementara ke atas semua pekerja dari negara berkenaan akan memberi kesan kepada industri tempatan. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Indonesia mengenakan pembekuan sementara ke atas semua pekerja dari negara berkenaan daripada memasuki Malaysia akan memberi kesan kepada industri tempatan yang bergantung kepada tenaga kerja asing itu.

Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (MAMA), Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein berkata, perkembangan itu dikhuatiri akan membantutkan industri berkaitan, termasuk perladangan dan pembinaan.

“Majikan yang akan mendapat pembantu rumah juga kecewa (dengan keputusan terbabit). Ini kerana permintaan terhadapnya masih kekal banyak, ramai orang hendak.

“Tambahan pula dengan pandemik sudah habis, jadi kita sekarang hendak membangunkan kembali ekonomi dengan suami isteri yang bekerja, mereka memerlukan pembantu rumah,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Engku Ahmad Fauzi menambah, pihaknya berharap pihak kerajaan kedua-dua negara kembali ke meja perundingan secepat mungkin bagi menyelesaikan isu terbabit.

Beliau menjelaskan, dalam masa sama, pihak berkuasa perlu mencari sumber pekerja alternatif dari negara lain dengan kadar segera, termasuk pembantu rumah.

Katanya, keperluan itu penting memandangkan soal bekalan pekerja berkait rapat dengan produktiviti negara.

Bagi pembantu rumah, beliau berkata, terdapat dua negara sumber sahaja, iaitu Indonesia dan Filipina.

“Kita (Malaysia) kebanyakan ambil (pekerja dari) Indonesia. Kalau Indonesia tidak dapat, Filipina susah sikit sebab mahal dan kelas lain. Bahasa dan budaya beza. Sekarang ini perlu cari dari negara lain seperti Kemboja,” katanya.

Sebelum ini, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono dilaporkan berkata, kerajaan sudah mengenakan pembekuan sementara berkuat kuasa semalam ke atas semua pekerja Indonesia untuk memasuki Malaysia.

Memetik laporan Free Malaysia Today, beliau berkata, keputusan itu adalah berikutan tindakan Jabatan Imigresen Malaysia untuk terus menggunakan Sistem Pembantu Rumah Dalam Talian (MOS) bagi pengambilan pekerja domestik Indonesia.

Dalam pada itu, Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, pembekuan tersebut akan memanjangkan isu kekurangan pekerja dihadapi sektor ekonomi negara.

Beliau memberitahu, usaha pengusaha perniagaan untuk mengembalikan operasi mereka seperti tahap sebelum pandemik akan terhalang.

“Indonesia adalah negara sumber penting bagi bekalan pekerja asing dengan kira-kira 35 peratus tenaga buruh ini datang dari Indonesia. Bekalan domestik dari Indonesia adalah lebih kritikal kerana ia membentuk kira-kira 70 peratus daripada semua pembantu rumah domestik di Malaysia.

“Dengan senario di atas, adalah sangat kritikal bagi kerajaan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul bagi memastikan kelancaran bekalan pekerja asing tidak terganggu.

“Majikan sudah mengalami kekurangan pekerja asing untuk masa lama dan ia menyebabkan gangguan operasi kepada perniagaan,” katanya. - Getaran, 15 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kiriman Wang Pekerja Indonesia Cecah AS$8.95 Bilion 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM Beku 41 Akaun Bank Milik Aman Palestin

3

Sukan 3 tahun yang lalu

BWF Larang Sementara Teknik 'Spin Serve'

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Majikan Perlu Sedia Struktur Kemajuan Kerjaya Pekerja - MEF

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar