web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BWF Larang Sementara Teknik 'Spin Serve'

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 7:29AM

‘Spin serve’ yang sukar dibalas oleh lawan pertama kali dilaporkan diamalkan oleh Marcus Rindshoj pada perlawanan pusingan kedua Terbuka Poland 2023, pada Mac lalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Teknik ‘spin serve’ (servis putaran bulu tangkis) yang diperkenalkan oleh pemain beregu lelaki  Denmark, Marcus Rindshoj, kini telah dilarang sementara di semua kejohanan diiktiraf Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berkuat kuasa serta-merta sehingga 29 Mei ini.

BWF, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan larangan itu termasuk pada Kejohanan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China bermula Ahad ini hingga 21 Mei serta Malaysia Masters di Arena Axiata, di sini, dari 23 hingga 28 Mei ini.

Kedua-kedua kejohanan tersebut menawarkan mata untuk kelayakan Olimpik Paris 2024.

‘Spin serve’ yang sukar dibalas oleh lawan pertama kali dilaporkan diamalkan oleh Rindshoj pada perlawanan pusingan kedua Terbuka Poland 2023, pada Mac lalu.

Berdasarkan video yang dikongsi di internet, 'spin serve’  ialah teknik di mana pemain memegang bulu tangkis  dan menguisnya dengan jari hantu sebelum memukul dengan raket, yang menambah putaran dan menyukarkan lawan untuk membalas pukulan.

BWF berkata, majlis badan induk dunia itu telah meluluskan keputusan bahawa pemain hanya boleh melepaskan bulu tangkis tanpa menambah putaran sebelum melakukan pukulan.

Presiden BWF, Poul-Erik Hoyer, berkata mereka telah menerima maklum balas daripada komuniti badminton, termasuk Suruhanjaya Atlet BWF, bahawa servis itu boleh memberi kesan negatif kepada permainan.

“Ia juga diperhatikan secara dalaman bahawa ‘spin serve’ ini mempunyai banyak ciri yang serupa dengan ‘servis Sidek’, yang tidak dibenarkan. Oleh itu, panel pakar mengesyorkan untuk tidak membenarkan teknik ini sehingga rundingan lanjut dengan semua negara anggota badan dunia itu pada mesyuarat agung tahunan pada 27 Mei ini.

“BWF juga mahu mengelak senario di mana Piala Sudirman akan datang dan kejohanan antarabangsa lain, boleh menjadi platform untuk menguji ‘spin serve’ baharu dan akhirnya mengganggu pertandingan.

“Oleh itu, Majlis BWF merasakan yang terbaik untuk mengenakan variasi eksperimen ini untuk tidak membenarkan ‘spin serve’ sehingga Majlis BWF bersidang semula pada 29 Mei untuk perbincangan lanjut,” katanya.

Badan dunia itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF), pada 1982 telah mengharamkan 'servis Sidek', dengan cara sebelah tangan memegang kepala bulu tangkis ke arah atas, manakala bahagian bulunya pulak menghala ke arah lawan sehingga pukulan servis menyukarkan pemain lawan membalas pukulan tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad