web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Hina Islam: Tempoh Reman Selesai, Pengasas Bersama Kelab Komedi Dibebas Petang Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 3:43PM

Rizal Van Geyzel dibebaskan hari ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse, Rizal Van Geyzel yang ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang wanita didakwa menghina Islam ketika persembahan di premis hiburan itu, dibebaskan hari ini.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, individu tersebut yang direman sehari dibebaskan dengan jaminan polis petang ini berhubung penularan klip video yang menyentuh sensitiviti dan berbaur perkauman itu.

“Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di Lembah Klang oleh pasukan dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman semalam.

“Suspek tersebut ditahan bagi membantu siasatan lanjut  mengenai dua klip video di kelab komedi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek diberi jaminan polis petang ini memandangkan siasatan yang memerlukan kehadirannya sudah selesai.

Katanya, semalam, individu itu ditahan pada jam 1.30 tengah hari di sebuah lokasi di ibu negara dan ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini.

Terdahulu, tular video berdurasi 54 saat yang memaparkan tindakan seorang wanita yang menanggalkan tudung dan baju kurung serta mempersendakan Islam di Kelab Komedi Crackhouse di TTDI di sini.

Susulan insiden berkenaan, wanita berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Gasing, Petaling Jaya pada 9 Julai lalu, manakala pasangannya dikenali Alex turut ditahan keesokannya atas dakwaan memuat naik bahan tidak sensitif ke platform dalam talian. – Getaran, 15 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Dakwaan Rasuah: Shamsul Iskandar, Tei Direman 6 Hari 

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Kes Bunuh 2 Beranak: 3 Lelaki Nepal Direman 7 Hari

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad