web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penolong Pengarah JPN Kelantan Maut Dilanggar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 3:22PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan maut selepas dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki yang hanya memiliki lesen L, ketika berjalan kaki di Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh berhampiran Sekolah Kebangsaan Padang Kala, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata kejadian itu berlaku kira-kira 11.30 pagi, ketika mangsa Nik Mohd Hissham Mohamed Nor, 45, sedang berjalan dari sekolah tersebut menuju ke rumah sepupunya yang terletak di seberang jalan berhampiran lokasi kejadian.

"Menurut keterangan saksi, ketika Nik Mohd Hissham berada di bahu jalan dari arah Peringat ke Melor, datang sebuah kereta Perodua Axia dari arah belakang telah termasuk ke bahu jalan lalu melanggar mangsa yang berada di bahu jalan.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa terseret sejauh 29 meter ke bahu jalan dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Rosdi berkata kejadian itu mengakibatkan kereta terlibat mengalami kerosakan pada bahagian bampar dan cermin hadapan pecah, namun pemandu berusia 25 tahun dan penumpang kereta, 24, tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya ujian saringan air kencing terhadap pemandu dan penumpang kereta terbabit didapati negatif.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai disebabkan kecuaian dan kelekaan pemandu kereta yang tidak berhati-hati dan berhemah hingga menyebabkan berlakunya kemalangan serta kematian kepada mangsa.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad