web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hanya Ada RM3,000, Pasangan Hina Islam Mahu Minta Sumbangan Bayar Jaminan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 2:44PM

Pasangan didakwa menghina Islam, Siti Nuramira Abdullah dan Alexander Navin Vijayachandran akan membuat rayuan sumbangan orang ramai bagi memperoleh wang jaminan berjumlah RM20,000 setiap seorang selepas gagal membayar kos itu, kelmarin. - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pasangan didakwa menghina Islam, Siti Nuramira Abdullah dan Alexander Navin Vijayachandran akan membuat rayuan sumbangan daripada orang ramai bagi memperoleh wang jaminan berjumlah RM20,000 setiap seorang selepas gagal membayar kos itu, kelmarin.

Menurut peguam mereka, R Sivaraj, pasukan undang-undang pasangan itu akan melancarkan kempen dana awam hari ini, selepas segelintir pihak menyatakan minat mereka untuk menderma.

“Ramai orang menghubungi kami (peguam) mengenai sumbangan derma.

“Kami memutuskan untuk menubuhkan inisiatif GoFundMe memandangkan tiada apa-apa dapat dilakukan selepas keluarga dan rakan mereka diberi masa dua hari (untuk mengumpul dana),” katanya kepada The Vibes.

Sivaraj menambah bahawa sebahagian daripada RM3,000 disumbangkan menerusi usaha itu belum diterima pasukan pembelaan kerana orang ramai hanya ‘berjanji’ untuk menyumbang.

Beliau turut mengesahkan Siti Nuramira ditahan di penjara satelit Beranang serta Alexander di penjara satelit Kuala Kubu Baru dan masing-masing sedang menunggu untuk dipindahkan ke Penjara Wanita Kajang serta Penjara Sungai Buloh.

Sementara itu, seorang peguam syariah dilantik untuk pihak Siti Nuramira walaupun pihak berkuasa agama masih belum memfailkan pertuduhan.

Rabu lalu, Siti Nuramira, 26, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menghasut yang boleh mendorong ketidakharmonian agama semasa membuat persembahan di acara ‘mikrofon terbuka’ di Kelab Komedi Crackhouse di sini dengan hakim Mahkamah Sesyen, Siti Amirah Ghazali membenarkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Ogos ini untuk sebutan kes.

Dalam video tular di media sosial itu, dia mengaku beragama Islam dan menghafal 15 juzuk al-Quran, sebelum menanggalkan tudung dan baju kurungnya hingga tampil seksi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, siasatan awal terhadap video itu dijalankan bahagian penguatkuasa pihak berkuasa agama itu.

Alexander, 38, juga mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) CMA 1998 kerana memuat naik bahan tidak sensitif ke platform dalam talian dan berdepan dengan jaminan RM20,000 secara keseluruhan.

Terdahulu, S Sivaraj memberitahu The Vibes bahawa pasangan itu sedang ‘bergelut’ untuk mengumpul dana bagi membayar ikat jamin kerana gajet dan kad bank masing-masing belum dikembalikan kepada mereka.

“Rakan-rakan mereka cuba membantu tetapi sejumlah RM40,000 untuk mereka berdua memerlukan masa,” katanya.

Malah, pengasas bersama Crackhouse Comedy Club, Rizal Van Geyzel disiasat semalam di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – The Vibes, 15 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar