Berita Terkini

18 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bukit Malut Bakal Berubah Wajah, Lokasi Utama Pelancongan Sukan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2021 4:31PM

Muhammad Sanusi (tengah belakang) menyaksikan MoU antara Abdul Rahman dengan David Goh bagi pembangunan projek berkonsepkan pelancongan di Alor Setar, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kawasan Bukit Malut di Langkawi yang sebelum ini terkenal dengan isu penempatan haram hingga merebak ke tengah laut, bakal berubah wajah menerusi projek berkonsepkan pelancongan sukan bernilai kira-kira RM1.3 bilion dalam tempoh lima tahun lagi.

Projek tersebut yang dibangunkan menerusi usaha sama Open Road Asia Sdn. Bhd. dan anak syarikat kerajaan negeri, Permodalan Kedah Berhad (PKB), bakal dimulakan dengan fasa pertama meliputi pembinaan sebuah litar sepanjang 5.8 kilometer, yang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM180 juta.

Pengasas dan Penasihat Kumpulan Open Road Asia, Datuk David Goh berkata, litar yang dikenali sebagai Open Road International Circuit (ORIC) itu diilhamkan reka bentuknya dari litar Nurburgring di Jerman dengan pembinaannya akan dimulakan pada suku ketiga tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi.

"Litar tersebut bakal menerima penarafan Gred 2 Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) yang membolehkan kesemua acara sukan permotoran dilaksanakan di situ kecuali Formula 1 (F1).

"Reka bentuknya akan mengikut topografi sebenar Bukit Malut dan beberapa rekod dunia akan tercatat antaranya litar lurus terpanjang, selain selekoh dan penurunan bukit yang mencabar buat para pelumba," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menandatangani perjanjian usaha sama bagi melaksanakan projek tersebut bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PKB, Abdul Rahman Din yang turut disaksikan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor di sini, hari ini.

Mengulas lanjut David berkata, pembinaan litar itu akan disusuli dengan pembangunan resort bersepadu dikenali sebagai ORIC Integrated Resorts yang turut merangkumi kediaman mewah, outlet barangan mewah dan hotel bertaraf lima bintang.

Selain itu katanya, terdapat juga pusat kenderaan 4S (jualan, servis, alat ganti dan semburan cat), gudang penyimpanan 900 kenderaan mewah, stesen minyak serta pelbagai tarikan pelancong dan restoran terkemuka dunia di kawasan seluas kira-kira 75 hektar yang mengadap laut itu.

"Turut dibina nanti adalah Menara Helang yang akan menjadi pintu masuk utama ke Oric. Pembangunan litar ini pada hakikatnya disusuli dengan beberapa komponen mewah yang belum pernah ditawarkan di Langkawi sekali gus mengubah paradigma bagi menarik lebih ramai pelancong berkemampuan tinggi ke pulau legenda itu," katanya.

Sementara itu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pembinaan litar tersebut sama sekali tidak akan membabitkan kawasan penempatan haram di situ.

"Litar ini berada di kawasan lain di Bukit Malut. Tetapi kerajaan negeri tetap mengharapkan supaya Majlis Keselamatan Negara (MKN) segera bertindak memindahkan penduduk di situ secepat mungkin atas faktor-faktor lain, termasuk bagi mengelakkan penempatan haram itu berkembang lebih luas.

"Di pihak kerajaan negeri, kita sedia memberi kerjasama malah tapak untuk memindahkan mereka juga sudah ada. Cuma pembinaan rumah dan kemudahan buat mereka perlulah ditanggung kerajaan Persekutuan kerana 'projek' MIK ini, melibatkan MKN sejak lama dulu.

"Segala maklumat mengenai mereka ada pada MKN. Dan seperti rakyat Malaysia lain, golongan ini juga perlu membeli rumah yang bakal dibina buat mereka di kawasan berhampiran nanti," katanya.

Isu melibatkan penempatan haram itu telah membarah sejak sekian lama, dengan wujud dakwaan mengatakan mereka yang tinggal di situ terdiri daripada kaum Rohingya dan warganegara Myanmar yang telah diberi kerakyatan. 

Namun bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir menerusi laman Facebooknya semalam mendakwa, mereka yang tinggal di situ bukanlah Rohingya sebaliknya merupakan orang Melayu Kedah yang berhijrah hingga ke Thailand dan Myanmar sejak sekian lama, sebelum kembali semula ke Langkawi. - Getaran, 31 Mac 2022

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Kes Tembak KLIA Didakwa Esok

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Tak Dedah Mengenai Pertemuan Dengan Raja Arab Saudi Ketika Siasatan – Saksi

Semasa 1 hari yang lalu

FINAS Taja Caruman SKSPS 4,500 Penggiat  Seni Untuk Setahun - Fahmi