Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kanabis Perubatan Mungkin Dibenar: Pengumuman KKM Disambut Baik, Patut Disegerakan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2022 8:15PM

Tun Zaki Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi menyambut baik pengumuman Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung kemungkinan penggunaan kanabis bagi tujuan penyelidikan dan perubatan dibenarkan mulai tahun depan.

Bercakap kepada Getaran, Zaki meminta kerajaan agar menyegerakan langkah tersebut memandangkan terdapat banyak pesakit sedang menunggu untuk menggunakan ubat daripada produk cannabidiol (CBD).

“Ini satu berita baik. Cuma minta kerajaan melajukan (langkah tersebut) kerana banyak pesakit sedang menunggu hendak menggunakan ubat ini.

“Saya harap kerajaan meluluskan penggunaannya dengan membenarkan doktor preskripsi CBD tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas laporan Getaran hari ini bahawa Malaysia mungkin membenarkan penggunaan kanabis bagi tujuan penyelidikan dan perubatan mulai tahun depan, selepas rangka kerja mengenai pendaftaran produk CBD tertentu diumumkan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengakui menerima laporan dan bukti kebaikan CBD, iaitu antara kandungan aktif dalam pokok kanabis bagi tujuan perubatan.

Untuk makluman, CBD adalah antara bahan aktif di dalam kanabis dan ia tidak menyebabkan ketagihan.

Mengulas lanjut, Zaki yang kini berada di London menambah, produk CBD tanpa tetrahydrocannibol (THC) diiklankan dan boleh dibeli di banyak tempat di sana.

“Apa yang susah sangat. Terima sijil farmasi bahawa kanabis itu tidak mengandungi THC yang membuat orang khayal itu. Kalau nak tunggu makmal Malaysia buat, perlu tunggu dan belanja duit lagi,” katanya.

Nada sama ditekankan pakar rawatan penagihan psikiatri, Profesor Dr Hussain Habil yang memberitahu bahawa kebenaran penggunaan kanabis perubatan tersebut sudah lama ditunggu ramai pesakit.

“Jadi, tentu sekali apabila 40 negara dunia (luluskan industri berkaitan kanabis) termasuk China yang dahulunya begitu keras mengelakkan penyalahgunaan, (kini) negara itu pun mendapat keuntungan berbilion daripada mengeksport produk kesihatan dan industri, kenapa kita terkebelakang? Kenapa kita perlu kesali (regret)?,” soalnya.

Beliau menjelaskan, Malaysia perlu bergerak setanding dengan 40 negara terbabit yang merangkumi negara jiran, Indonesia apatah lagi ketika ini produk baharu berpotensi menambah baik prestasi ekonomi negara.

Ditanya berhubung manfaat kanabis perubatan tersebut, Hussain berkata, penggunaannya dikatakan elok untuk beberapa penyakit, termasuk kesakitan kronik (chronic pain disorder), rawatan kemurungan berpunca daripada kanser, selain banyak lagi penyakit yang boleh dikaji kelak.

“Sebab itu dari segi ini, kita memerlukannya untuk chronic pain disorder, autisme dan penyakit mental lain termasuk bipolar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menambah, pihaknya merayu kepada pihak berkenaan agar diberikan lesen dan peluang seluas-luasnya seperti diperoleh golongan pakar serta saintis di Thailand.

“Yang ramai (dilibatkan) ialah pakar perubatan jadi, di situ kita kena setanding, tidak payah risau mengenai penyalahgunaan sebab semua ini akan dilesenkan dan hanya dilakukan apabila kita dapat lesen.

“Justeru itu, tiadalah dikatakan nanti orang jadi penagih. Mana boleh jadi penagih kalau dia dipantau? Kalau begitu, morfin kita gunakan di hospital itu tidak ada cerita yang ia disalahgunakan,” ujarnya.

Dr Hussain menambah, kanabis yang disalah guna bukan dari hospital sebaliknya, didapati dari luar menerusi pengedar.

“Jadi kita memang tidak pernah (berhasrat) buat sebagai rekreasi, tidak pernah ... Memang tiada pun dalam kriteria kita bahawa ia boleh digunakan sewenang-wenangnya. Tidak ada sebegitu.

“Ini semua andaian yang dibuat tanpa dasar saintifik,” katanya. - Getaran, 14 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Jawatankuasa Khas Kaji Kompetensi DUN Gubal Undang-Undang Islam Ditubuhkan

2

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Solution Group Berhad Tubuh Subsidiari Baharu Terokai Bidang Kanabis Perubatan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Longgarkan Sekatan Terhadap Kanabis Perubatan - Tun Zaki

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bukan Saya, Tun Zaki Nafi Terbabit Rakaman Audio

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Semasa 1 hari yang lalu

“Jenazah Ibu Sempurna” – Anak Allahyarham Noor Rahiza

Semasa 15 jam yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini