web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Longgarkan Sekatan Terhadap Kanabis Perubatan - Tun Zaki

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2022 7:07PM

Tun Zaki berkata, kanabis perubatan itu wajar diletakkan dalam senarai Akta Racun 1952 agar ia boleh diimport ke dalam negara. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dirayu melonggarkan sekatan terhadap penggunaan segelintir jenis kanabis perubatan, termasuk CBD atau ‘cannabidiol’ bagi tujuan rawatan di negara ini.

Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi berkata, kanabis perubatan itu wajar diletakkan dalam senarai Akta Racun 1952 agar ia boleh diimport ke dalam negara untuk digunakan pesakit yang benar-benar memerlukan.

“Morfin, heroin dan codeine adalah lebih kuat (potent) daripada kanabis. Namun, undang-undang membenarkan semua ubat itu untuk digunakan sebagai ubat di bawah preskripsi doktor. Doktor boleh beri preskripsi untuk morfin, heroin dan codeine, yang lebih kuat daripada kanabis.

“Mengapakah kerajaan masih terlalu tegas terhadap penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan? Kami mahu mengawal jenis kanabis atau CBD yang akan dibenarkan untuk diimport.

“Terdapat peruntukan dalam Seksyen 47 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memberi kuasa kepada menteri membuat peraturan untuk memberi pengecualian kepada orang ramai dan institusi bagi tujuan penyelidikan serta preskripsi kepada pesakit,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program ‘Medical Cannabis, Facts and Benefits’ anjuran Universiti MAHSA di sini, hari ini yang dihadiri pakar dan pengamal perubatan dari dalam serta luar negara.

Antaranya, Ketua Jabatan Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti MAHSA, Profesor Dr Hussain Habil; Pensyarah Sekolah Sains Farmaseutikal Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Aishah Abdul Latiff dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UMCAS, Dr Khafidz Mohd Ishak.

Dalam pada itu, Zaki menambah, terdapat kes di mana pesakit epilepsi yang diberi rawatan menggunakan CBD menampakkan kesan baik.

“Kenapa kerajaan terlalu tegas? Kenapa penguatkuasaan terlalu tegas? Kenapa Peguam Negara terlalu tegas?

“Tolonglah, apabila anak atau saudara anda menderita, barulah anda tahu bagaimana rasanya. Jadi kami di sini untuk membuat rayuan,” katanya.

Lebih 40 negara setakat ini dilaporkan meluluskan penanaman, penggunaan dan penjualan hemp (ganja industri) atau ganja perubatan (medical marijuana), termasuk Australia, Amerika Syarikat, Kanada, Argentina serta Denmark.

Pada 26 Disember 2018, Thailand dilaporkan meluluskan pindaan terhadap undang-undang narkotik negara itu yang menyaksikan penggunaan produk ganja dan ketum untuk tujuan perubatan, tidak lagi menjadi kesalahan.

Bagaimanapun, di Malaysia, Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan pemilikan ganja dengan berat 200 gram boleh membawa hukuman mati. - Getaran, 24 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Solution Group Berhad Tubuh Subsidiari Baharu Terokai Bidang Kanabis Perubatan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Kanabis Perubatan Mungkin Dibenar: Pengumuman KKM Disambut Baik, Patut Disegerakan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Malaysia Dijangka Benarkan ‘Kanabis Perubatan’ Tahun Depan, ‘Haram’ Untuk Peribadi, Rekreasi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kelulusan Kanabis: Malaysia Umum Rangka Kerja CBD Tahun Depan

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran