Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Solution Group Berhad Tubuh Subsidiari Baharu Terokai Bidang Kanabis Perubatan

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 8:50PM

Barisan Depan dari Kiri ke Kanan; Michael Boyd - Pengerusi Eksekutif Bioarc dan Barry Lim - Group CEO, Solution Group Berhad.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Solution Group Berhad (SGB) menubuhkan subsidiari baharu, Solution Medicinals Sdn Bhd (SOLMED) secara usaha sama dengan Bioarc Asia Sdn Bhd iaitu syarikat milik 100 peratus Australia yang diterajui syarikat kanabis perubatan, Bioarc Limited.

Selaras dengan kenyataan terbaru dari Kementerian Kesihatan (KKM) yang mengalu-alukan ujian klinikal ke atas produk yang mengandungi ekstrak kanabis untuk tujuan perubatan, SOLMED ditubuhkan bagi merealisasikan impian SGB menceburi bidang kanabis perubatan.

Ini adalah sejajar dengan pelan diversifikasi SGB yang ingin turut terlibat di dalam industri biofarma secara proaktif.

SOLMED terlebih dahulu melihat kepada langkah untuk mendaftarkan ubat-ubatan bersifat dominan-CBD.

Ini sebagai langkah awal sebelum diberi peluang untuk mengkaji kompaun dan rawatan spesifik bagi membantu pesakit memperolehi faedah dari kanabis perubatan apabila penggunaannya dibenarkan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SOLMED, Datuk Mohd Nazlee Kamal, pandemik COVID-19 yang masih berterusan di serata dunia sehingga hari ini meninggalkan kesan ketara termasuk peningkatan masalah kesihatan fizikal dan mental dalam kalangan masyarakat kebanyakan negara.

“Ini menyebabkan lebih ramai prihatin dengan penjagaan kesihatan, kesejahteraan, dan penjagaan diri.

“Ia secara tidak langsung memberikan impak positif kepada industri kanabis, kerana semakin ramai masyarakat global, termasuk penduduk Malaysia, ingin mencari penyelesaian alternatif bagi penjagaan kesihatan mereka,” katanya.

Beliau berkata, menerusi kolaborasi yang kukuh dan kajian lebih menyeluruh serta kemunculan produk yang pelbagai dan inovatif, ia diharap boleh membuka ruang kepada sektor kanabis untuk terus maju di rantau ini.

“Malah kolaborasi ini seterusnya menjadikan Malaysia salah satu pemain utama di dalam industri tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bioarc, Mark Lorringan berkata, pihaknya amat teruja dengan peluang yang terdapat di Malaysia dan Asia Tenggara.

Malah katanya, Bioarc melihat jalinan usaha sama bersama SGB, selari dengan misi dan objektif global syarikat tersebut.

“Bagi pihak Bioarc, kami akan menumpukan perhatian kepada aspek kualiti agronomik dan terapeutik Kanabis terutamanya dari perspektif hortikultur dan sains tumbuhan.

“Manakala fokus SOLMED pula tertumpu kepada pembangunan kompaun tumbuhan dalam penghasilan produk yang akan menangani isu penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan di Malaysia dan rantau ini,” katanya.

Jelas Mark, kerjasama ini akan memberi jalan alternatif kepada pesakit dan pengamal perubatan terutama dengan pilihan yang terhad di dalam pengurusan isu kesihatan fizikal dan mental.

“Ini sudah tentunya akan membantu mereka yang amat bergantung kepada kanabis perubatan,” katanya.

Untuk rekod, Bioarc adalah syarikat kanabis perubatan yang fokus kepada pembangunan kultivar bertujuan membangunkan kualiti agronomik dan terapeutik di dalam produk.

Syarikat itu juga menyediakan hasil yang terbaik bermula dari proses penyemaian benih sehinggalah ia dibekalkan kepada pesakit. - Getaran, 17 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanabis Perubatan Mungkin Dibenar: Pengumuman KKM Disambut Baik, Patut Disegerakan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Longgarkan Sekatan Terhadap Kanabis Perubatan - Tun Zaki

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

NCER Disasar Catat RM367.8 Bilion Pelaburan Direalisasi Menjelang 2030 - PM