web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RM2.13 Billion Untuk Atasi Banjir, Pulihara Sungai Dan Hakisan Pantai Di Pahang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2022 5:58PM

Tuan Ibrahim - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PEKAN - Sebanyak 12 projek mengurangkan risiko banjir, mengawal hakisan pantai dan pemuliharaan muara serta pembangunan sungai di Pahang telah diluluskan dan sedang dilaksanakan dengan kos RM2.13 billion.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) itu antara lain melibatkan tujuh projek pemuliharaan muara dan pengawalan hakisan pantai dengan keseluruhan kos RM787.65 juta.

“Antara projek pemuliharaan muara sungai itu adalah bagi menangani masalah mendapan muara Sungai Pahang yang sedang dilaksanakan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran dengan kos sebanyak RM700 juta.

“Projek tersebut telah bermula secara berfasa dan kini berada di fasa ketiga yang bermula pada 22 Jun lepas dengan nilai RM380 juta, dan dijangka siap dalam tempoh lima tahun,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Pemuliharaan Muara Sungai Pahang Fasa Tiga Pakej Tiga di Pejabat Unit Pelaksanaan Projek Persekutuan (UPPP) di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Datuk Dr Md Nasir Md Noh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis Datuk Khairuddin Mahmud.

Tuan Ibrahim berkata walaupun belum siap sepenuhnya, kesan positif projek tersebut sudah dapat dilihat apabila bot nelayan dapat keluar masuk dengan lebih lancar tanpa berdepan masalah air cetek di muara Sungai Pahang.

Pelaksanaan projek itu juga akan memanfaatkan lebih 700 nelayan dan melindungi lebih 200 buah bot berdaftar daripada rosak akibat muara yang cetek dan pukulan ombak, selain memberi limpahan manfaat kepada 31,800 penduduk Kampung Tanjung dan Pekan daripada risiko banjir pantai.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata Empangan Kobat di Kuantan yang telah uzur juga akan dinaik taraf dengan anggaran kos RM200 juta dalam waktu terdekat kerana ia penting dalam membekalkan air bersih kepada penduduk bandar raya itu serta ke kawasan perindustrian Gebeng. - Bernama  

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Puak Tak Mengaji (Belajar) Kata Saya Umum Benda Mustahil - Sanusi  

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Anak Muda Gigih Bersihkan Pantai, Sungai Kotor Di Terengganu

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas: Kerajaan Pantau Paras Empangan, Pastikan Bekalan Air Cukup

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Teliti Hukuman Lebih Berat Kesalahan Buang Sampah Dalam Sungai

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad