web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Hina Islam: Petisyen Desak Penutupan Crackhouse Comedy Club Dilancar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2022 4:55PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah petisyen dilancarkan di change.org bagi mendesak Crackhouse Comedy Club yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini ditutup secara mutlak, susulan penularan klip video memaparkan penghinaan kepada Islam.

Petisyen dilancarkan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) hari ini itu, sudah menerima hampir 2,500 tandatangan.

Pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahaya menyifatkan penutupan sementara premis yang beroperasi tanpa lesen sah itu tidak setimpal dengan kesalahan dilakukan.

Katanya, pengasas kelab komedi itu, Rizal Van Geyzel turut bertindak melampaui batas seolah-olah membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk menghina Islam, orang Melayu dan agama lain.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias memaklumkan bahawa premis ini beroperasi tanpa lesen sepatutnya.

“Maka, ini sudah jadi penguat juga kepada sebab lesen perniagaan ditarik secara mutlak,” katanya.

Susulan itu, Aminuddin menggesa umat Islam di negara ini supaya menyokong dan menyebarkan petisyen tersebut agar kelab komedi berkenaan ditutup sepenuhnya.

“Ia juga sebagai iktibar kepada mana-mana premis hiburan sebegini agar menjaga batas berteraskan nilai dalam Perlembagaan Persekutuan di mana Islam, Melayu dan Bumiputera adalah asas penting.

“Tutup terus Crackhouse Comedy TTDI,” katanya.

Semalam, Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia (PPSM), Yusuf Azmi bersama lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, di sini untuk membuat laporan terhadap pemilik kelab komedi terbabit.

Menurut Yusuf, Rizal selaku pemilik kelab itu juga harus bertanggungjawab terhadap kontroversi membabitkan seorang wanita berkelakuan tidak senonoh dan mempersendakan Islam ketika membuat persembahan di kelab berkenaan, baru-baru ini.

Susulan itu katanya, tindakan penutupan premis tersebut perlu diambil supaya menjadi iktibar kepada pemilik kelab komedi di seluruh negara agar lebih sensitif terhadap keharmonian agama dan bangsa dalam berjenaka.

“Ingat, bukan semua perkara boleh dijadikan bahan komedi, terutamanya membabitkan bangsa dan agama.

“Rizal ini dah banyak video dia buat, dia buat benda ini sudah berbelas tahun jadi sebab itu saya nampak tempat ini perlu ditutup.

“Bila ditutup, ia menjadi iktibar kepada semua pemilik kelab ‘stand up comedy’ supaya perkara begini tidak berlaku lagi,” katanya. - Getaran, 14 Julai 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar