web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kembalikan Acara Terjun SUKMA, Menteri Harus Tanggungjawab Situasi ‘Parah’ Sukan Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2022 1:23PM

Steven Sim Chee Keong - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu digesa meluluskan permohonan kerajaan Sarawak untuk mengembalikan acara terjun bagi Sukan Malaysia (SUKMA) 2022.

Mantan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong berkata, beliau amat kecewa dengan keputusan kerajaan mengeluarkan 12 acara sukan daripada SUKMA 2022, termasuk lima acara terjun.

Menurutnya, kelima-lima acara terjun itu adalah dalam kategori wanita.

“Alasan diberikan ialah kekurangan penyertaan daripada kontinjen negeri.

“Ini amat membingungkan memandangkan Malaysia pernah berdiri megah dalam acara terjun dengan ratu terjun kita Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hong yang pernah memenangi pingat perak Sukan Olimpik.

“Dan atlet terjun wanita kita seperti Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri turut pernah memenangi pingat dalam kejohanan dunia,” katanya menerusi kenyataan.

Steven memberitahu, Menteri Belia dan Sukan seharusnya bertanggungjawab penuh ke atas situasi ‘parah’ sukan negara pada hari ini.

Keadaan sukan negara pada hari ini tambahnya, mengesahkan bahawa krisis bidang itu semakin buruk di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini, Steven menegaskan, beliau sudah membangkitkan kemelut dalam sektor sukan tanpa sebarang maklum balas daripada pihak menteri.

Kemelut itu ujarnya, merangkumi kerugian besar dialami industri sukan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) tanpa sebarang bantuan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Sebagai contoh, jelasnya, sektor perusahaan pusat kecergasan dan gim melaporkan kerugian lebih RM110 juta dalam tempoh setahun sahaja semasa PKP dari Mac 2020.

Selain itu, beliau berkata, peruntukan sukan dipotong secara drastik dalam Belanjawan 2022, termasuk membabitkan pengurangan hampir 80 peratus peruntukan untuk penyediaan sukan antarabangsa berbanding Belanjawan 2018.

“Sebanyak 253 orang atlet negara dihentikan elaun dan pengurangan sehingga 60 peratus elaun bagi sesetengah atlet yang masih berada di bawah kontrak latihan. Selepas kritikan keras daripada pembangkang dan pemegang taruh, KBS mendakwa ada antara atlet tersebut sudah dipulihkan elaun mereka,” katanya.

Menurut beliau, kemelut tersebut juga meliputi perkembangan di mana atlet utama negara mengumumkan persaraan dan pemain badminton nombor satu negara, Lee Zii Jia bertindak keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

“(Seterusnya adalah) Prestasi paling buruk Malaysia dalam 40 tahun di Sukan SEA Hanoi 2021,” katanya.

Steven menjelaskan, alasan sering diberikan seperti COVID-19 tidak dapat diterima langsung kerana seolah-olah hanya negara ini yang terkesan dengan pandemik global tersebut.

Jelasnya, BN dan PN harus mengakui kegagalan kerajaan dalam mengurus tadbir negara sehingga semua sektor merosot di Malaysia.

“Saya menggesa agar Menteri KBS meluluskan permohonan kerajaan Sarawak untuk mengembalikan acara terjun bagi SUKMA 2022.

“Menteri juga harus berhenti mengejar kuasa dan jawatan, selain memberi perhatian serius kepada pembangunan belia serta sukan negara yang semakin kecundang di bawah pimpinannya,” katanya. - Getaran, 14 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Atlet Silat SUKMA Terengganu Maut Terkena Sepakan Lawan

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Geran KWASN Diperluaskan Kepada Atlet Persendirian

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga