web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ibadah Korban: Utamakan Dahulu 'Keluarga' Kita Sebelum Ke Luar Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2022 7:00AM

Segelintir umat Islam di negara ini dikatakan semakin cenderung melakukan ibadah korban di luar Malaysia. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Umat Islam negara ini dinasihatkan supaya lebih mengutamakan ibadah korban di tanah air sendiri, susulan peningkatan jumlah golongan memerlukan.

Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata, Islam mengajar umatnya untuk menjaga kaum keluarga sendiri terlebih dahulu, sebelum beralih membantu pihak lain.

"Bukan korban sahaja, di Malaysia ini orang Islam yang lapar, sangat miskin dan fakir pun 'bertimbun-timbun'.

"Yang memerlukan bantuan bertimbun-timbun tetapi kita beri tumpuan (pula) kepada negara lain. Bukan saya kata tidak boleh, tetapi utamakanlah di tempat sendiri terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas kecenderungan segelintir umat Islam di negara ini melakukan ibadah korban di luar Malaysia, yang dikatakan semakin bertambah.

Senario tersebut antara lain dikatakan berpunca daripada harga seekor lembu atau kambing dan bahagian korban yang semakin mahal, berbanding di negara luar.

Kecenderungan mengerjakan korban di luar negara juga didakwa menyebabkan terdapat masjid yang kariahnya melebihi 1,000 di Malaysia hanya mendapat dua atau tiga ekor lembu, sedangkan ada masjid di Kemboja misalnya, menerima sehingga 40 lembu untuk dikorbankan.

Turut senada ialah Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma'amor Osman yang berkata, keutamaan menerima daging korban hendaklah diberikan kepada individu terhampir dan memerlukan. 

Katanya, adalah lebih afdal jika jawatankuasa korban dapat memastikan tiada rakyat tempatan yang tertinggal daripada mendapatkan manfaat ibadah berkenaan. 

“Terdapat juga golongan yang mencari haiwan korban dengan harga yang lebih murah memandangkan kemampuan mereka hanya setakat itu.

"Mungkin mereka berhasil mendapat harga lebih murah di luar negara. Orang itu niatnya, keikhlasannya, tahap itu sahaja (yang) dia mampu. Kita tidak boleh nafikan niat atau kedudukan kewangan individu yang melakukan ibadah terbabit,” katanya.

Dr Ma’mor menarik perhatian, kerajaan dan pihak berwajib mungkin boleh merumuskan satu mekanisme khusus untuk meletakkan harga haiwan korban di paras berpatutan dan mampu dibeli oleh semua pihak.

"Sudah tentu ada kaedah (yang efisien). Saya kenal ada seorang saudagar lembu. Sebenarnya dia boleh memberi harga lembu yang setanding dengan harga dan saiz seperti di Kemboja," katanya.

Namun begitu tambah Dr Ma’mor, kemampuan saudagar lembu itu terhad kepada membekalkan hanya 300 lembu setahun.

“Sekiranya semua pihak boleh pelajari teknik saudagar tersebut, lebih-lebih lagi Malaysia yang mempunyai kawasan lepas dan ragut bersaiz besar, nescaya kita boleh menghasilkan lembu pada harga lebih murah,” katanya.

Dr Ma'amor juga mencadangkan sistem pawah digunakan, sebagai usaha mengurangkan kos supaya semua pihak mampu mengerjakan ibadah korban setiap tahun.

"Dalam masa sama, saya harap penternak tempatan mencari jalan bagaimana kita boleh mengurangkan kos kepada orang yang hendak mengerjakan korban," katanya. - Getaran, 14 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Korban Nahas Kuala Krai Meningkat 4 Orang

3

TARA 3 tahun yang lalu

Hidup Ini Satu Pengorbanan, Jadi Jangan Mengeluh

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Korban di Sudan Meningkat Kepada 528 Orang

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 15 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad