web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wanita Warga Emas Korban Keempat Banjir Di Johor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 7:12AM

Mangsa yang tinggal seorang diri di Batu Anam itu, ditemukan berhampiran rumahnya yang turut dinaiki air banjir - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT -  Seorang wanita warga emas menjadi mangsa korban keempat banjir di Johor selepas ditemukan meninggal dunia di tepi longkang di Batu Anam, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata mangsa berusia 68 tahun itu ditemukan jirannya selepas dilaporkan tidak berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tah Kang, Gemas Baharu, di sini. 

Menurutnya, mangsa yang tinggal seorang diri di Batu Anam itu, ditemukan berhampiran rumahnya yang turut dinaiki air banjir. 

"Mangsa ditempatkan di PPS itu tetapi jiran mendapati dia tiada dan mencari sehingga membawa kepada penemuan mayat wanita itu. 

"Kita akan siasat kenapa mangsa keluar dari PPS dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk bedah siasat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, di sini, malam ini.

Kamarul Zaman berkata setakat ini, empat mangsa korban banjir telah direkodkan di Johor dengan satu di Kluang dan tiga di Segamat. 

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dalam menghadapi situasi banjir yang melanda negeri ini. 

Beliau juga mengingatkan keadaan cuaca hujan masih berlaku di negeri ini sekali gus memberi 'ancaman' banjir walaupun hujan tidak lebat. 

"Lebih 4,000 anggota polis dikerahkan bagi operasi banjir sekitar Johor dan kita turut menerima bantuan daripada Pasukan Gerakan Am dan agensi keselamatan lain," katanya. 

Kamarul Zaman berkata setakat 10 malam tadi, 20 laluan sekitar negeri ini masih ditutup untuk semua jenis kenderaan manakala 11 laluan masih dibuka untuk kenderaan berat sahaja. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kemalangan Maut 3 Sekeluarga: Pemandu Treler Positif Dadah Hadap 3 Tuduhan Membunuh

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 6 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad