web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Stigma, Diskriminasi Sumbang Penularan Penyakit Kusta - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Jan 2021 12:43PM

Dr Noor Hisham berkata stigma menyebabkan pesakit enggan hadir di klinik. Gambar: fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Stigma dan diskriminasi antara permasalahan dikesan masih dihadapi pesakit kusta yang akhirnya menyumbang kepada penularan penyakit itu dalam komuniti, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Pandangan negatif ini katanya menyebabkan pesakit dan kontak rapat mereka bukan sahaja enggan kelihatan hadir di klinik, malah enggan disaring dan diberi rawatan untuk penyakit kusta.

“Sama-samalah kita berusaha untuk membasmi atau menipiskan stigma dan diskriminasi yang diyakini menjadi salah satu punca kepada penularan kusta dalam kalangan keluarga dan komuniti di lokaliti endemik di Malaysia,” katanya dalam kenyataan sempena Hari Kusta Sedunia 2021 bertemakan ‘Bersama Hentikan Kusta’.

Hari Kusta Sedunia disambut setiap tahun pada hari Ahad terakhir bulan Januari.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata setiap anggota kesihatan dan pemimpin masyarakat juga perlu memainkan peranan masing-masing dalam mewujudkan kesedaran mengenai penyakit ini khususnya kepada komuniti di lokaliti endemik berisiko tinggi.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan sentiasa komited untuk memperkukuh semua aktiviti kawalan dan pencegahan di bawah Program Kawalan Kusta Kebangsaan dengan penekanan diberikan terhadap pengesanan kes secara aktif dalam kalangan golongan berisiko di lokaliti endemik.

Sebagai rekod, Dr Noor Hisham berkata Malaysia telah mencapai tahap eliminasi kusta pada 1994 dengan kadar penyebaran 0.9 kes bagi setiap 10,000 penduduk selari sasaran ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia iaitu kurang daripada satu kes bagi setiap 10,000 penduduk. – Bernama 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad