Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hubungan Malaysia - China Lonjak Nilai Dagangan, Yuan Boleh Digunakan Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 10:53PM

Saifuddin Abdullah (tengah) mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada majlis makan malam sempena Sambutan Ulang Tahun ke-48 Hubungan Diplomatik Malaysia-China di Seri Kembangan, dekat sini malam ini. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERI KEMBANGAN - Hubungan diplomatik Malaysia dengan China yang terjalin sejak 48 tahun yang lalu telah melonjakkan nilai dagangan negara dua tahun berturut-turut, ketika Malaysia dilanda wabak COVID-19 sejak 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini membuktikan hubungan kukuh bersama China memberi kelebihan dan manfaat kepada Malaysia yang merupakan rakan terbesar perdagangan negara Republik itu sejak 2009.

Menurut beliau, China ketika ini merupakan kuasa ekonomi besar yang telah mencatatkan hampir 20 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global. 

"Kita mungkin menjangka hubungan perdagangan antara dua negara telah menurun akibat pandemik COVID-19. Tambahan pula, kebanyakan bandar mengalami sekatan dan ekonomi di seluruh dunia hampir terhenti bagi mengekang penularan wabak. 

"Akan tetapi sebaliknya yang berlaku, hubungan dagang antara Malaysia-China telah berkembang secara purata 16 peratus sepanjang dua tahun lepas. Hasilnya, jumlah perdagangan antara dua negara melebihi RM421 bilion,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-48 Hubungan Diplomatik Malaysia-China di Wisma Huazong di sini malam ini. 

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah. 

Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Menteri Wilayah, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid. 

Saifuddin Abdullah - Gambar oleh Nooreeza Hashim
Saifuddin Abdullah - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Menurut Perdana Menteri, hubungan ekonomi dengan China telah memberikan peluang yang lebih besar kepada rakyat Malaysia dan menjadikan negara bukan sahaja mendapat manfaat dalam aspek kewangan, tetapi daripada segi kemahiran serta pengalaman.  

"Dengan pencapaian yang begitu cemerlang, sudah pasti kedua-dua kerajaan akan turut merapatkan lagi kerjasama dua hala pasca pandemik ini," katanya. 

Dalam pada itu Ismail Sabri menegaskan, Malaysia turut mengalu-alukan pengunaan matawang Yuan China yang semakin meluas dalam transaksi antarabangsa. 

Menurut beliau, ini kerana ia akan memberikan sumbangan besar kepada matawang dan kestabilan kewangan global. 

"Kami mengalu-alukan peluang untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan berasaskan Yuan serta matawang utama yang lain.

"Hasil daripada hubungan dengan China melebihi kepentingan ekonomi semata-mata, sama ada dari aspek pendidikan, teknologi, kesihatan, kerjasama di dalam industri halal atau kerjasama penguatkuasaan undang-undang, hubungan ini berpaksikan kepada kepentingan bersama,"katanya. - Getaran, 12 Julai 2022.



 

Sorotan

1

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

2

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

3

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

4

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

5

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

6

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Semasa 24 minit yang lalu

Polis Sahkan Kes Gaduh Anggota Tentera 

Semasa 1 hari yang lalu

DBKL Gempur Penjaja Asing, Sita 8 Gerai Milik Warga Bangladesh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Komited Mainkan Peranan, Desak Henti Serangan Ke Atas Rafah

oleh Sophia Ahmad