web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Pencarum Sukarela Program i-Saraan KWSP Melonjak 77 Peratus - Tengku Zafrul

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 1:32PM

Bilangan pencarum sukarela terkumpul di bawah program i-Saraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melonjak sebanyak 77 peratus bagi tempoh suku pertama 2022 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bilangan pencarum sukarela terkumpul di bawah program i-Saraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melonjak sebanyak 77 peratus kepada 599,000 orang bagi tempoh suku pertama 2022.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, beliau juga difahamkan bahawa dana persaraan itu akan terus menyasarkan sektor tidak formal dan yang bekerja sendiri bagi meningkatkan usaha perlindungan sosial itu.

“Ini bagi memastikan semua rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada simpanan persaraan mereka,” katanya pada Majlis Pelancaran Kemudahan Insurans dan Takaful i-Lindung di sini, hari ini. 

Selain itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan juga sedang giat meneliti dasar-dasar yang dapat mempercepat proses peningkatan liputan perlindungan sosial yang akan diumumkan kelak.

Malah, beliau turut menyifatkan langkah kerajaan mengumumkan tahap gaji minimum RM1,500 pada 1 Mei 2022, akan dapat menyumbang kepada penambahbaikan kualiti kehidupan rakyat. 

“Langkah meningkatkan keselamatan sosial merupakan aspek penting dalam mengurangkan jurang kekayaan selain meningkatkan gaji sara hidup.

“Jika isu struktur ini tidak ditangani segera, ia bakal menjadi risiko kepada kestabilan sosioekonomi negara di masa hadapan,” katanya. 

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz - Gambar Fail Bernama
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz - Gambar Fail Bernama

Tengku Zafrul menegaskan, biarpun kerajaan dan KWSP mengkaji dasar-dasar bagi mengukuhkan keselamatan sosial untuk rakyat Malaysia bagi jangka masa panjang, aspek seperti usaha-usaha jangka pendek juga perlu diteruskan.

“Ini kerana hakikatnya, masih ramai yang tidak mengetahui langsung mengenai keperluan serta kepentingan insurans atau takaful. Jika ada yang sedar mengenai pentingnya untuk menyediakan persiapan ini, mereka pula mungkin kurang berkemampuan,” katanya. 

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan ramai rakyat Malaysia masih tidak mempunyai sebarang bentuk perlindungan insurans atau takaful.

“Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi menunjukkan hampir separuh daripada jumlah rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan tambahan bagi membayar kos perubatan.

“Ini merupakan satu cabaran yang bakal dihadapi oleh rakyat kerana kita semakin hampir untuk mencapai status negara menua seawal tahun 2030,” katanya. 

Beliau mengingatkan bahawa beban kewangan tersebut bukan setakat ditanggung oleh kerajaan, tetapi turut melibatkan kalangan pembayar cukai pada masa hadapan sekiranya warga tua tidak dapat memenuhi keperluan asas mereka. 

“Saya ingin menyarankan agar ahli-ahli KWSP merebut peluang mendapatkan perlindungan insurans dan takaful yang sewajarnya melalui i-Lindung,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 tahun yang lalu

Tekanan Kewangan Atau Penjimatan? Implikasi Pembayaran Bersama Insurans Perubatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar